Chin Peng Adalah Pejuang Rakyat! Sejarah Telah Diubah Oleh - TopicsExpress



          

Chin Peng Adalah Pejuang Rakyat! Sejarah Telah Diubah Oleh UMNO? sejarah yang sebenar adalah, ketika jepun menyerang tanah melayu, tentera british adalah orang yang pertama sekali lari meninggalkan tanah melayu kerana ketakutan untuk mati, dan orang melayu, cina dan india seperti CHIN PENG, MAT INDERA yang mengetuai sendiri mengangkat senjata memerangi jepun tanpa adanya arahan dari sesiapa. kemudian setelah jepun menyerah kalah dan keluar dari tanah melayu, secara tiba tiba penjajah british masuk semula ke tanah melayu? adakah ketika itu warga tanah melayu menerimanya? ketika warga tanah melayu sakit dan menderita di buli oleh tentera jepun, kemanakah hilangnya tentera penjajah british? mereka semua lari lintang pukang keluar dari tanah melayu, adakah setelah jepun keluar, mereka ingin kembali ke tanah melayu dan seterusnya terus menjarah hasil bumi tanah melayu ini? maka ketika itulah munculnya pelbagai pertubuhan mahu menghalau penjajah british, kesemua pertubuhan itu di haramkan dan penjajah british telah merekrut penjajah baru iaitu yang menjajah pemikiran kita hingga ke hari ini dan pertubuhan itu saja yang tidak di haramkan, malahan mendapat perhatian serius penjajah british ketika itu.. persoalannya.. KERANA APA? adakah patut CHIN PENG yang telah membunuh ketua PENJAJAH british iaitu HENDRY GURNEY di tanah melayu dan juga berperang memerangi tentera jepun di anggap sebagai PENGKHIANAT? sejarah tanah melayu atau malaysia semakin menjadi bahan LAWAK apabila semuanya terbongkar walaupun jelas ianya cuba di tutup dan ubah sejarahnya oleh MACAI british iaitu UMNO dengan undang2 load reid ciptaan British untuk malaysia hingga hari ini. KUALA LUMPUR 17 sept. - Ramai tidak menyedari perlantikan MACAI british iaitu Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke tanah melayu kerana kerjanya yang hebat dengan membunuh di Palestin selama 2 tahun iaitu dari tahun 1946 - 1948. Apakah kerjanya? kerjanya adalah membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari eropah dan menghalau serta membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri, Peristiwa Dier Yasin pada bulan Mei 1948 yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. MACAI british ini datang ke Tanah Melayu pada Oktober 1948 atas lantikan sebagai GABENOR baru british di tanah melayu, askar askar upahannya adalah terdiri dari orang melayu, cina dan india serta nepal di tanah melayu sendiri yang di beri gaji untuk menjaga segala aset aset serta kepentingan kepentingan british di tanah melayu. Malangnya dan rasa begitu pelik adalah, nama beliau di sanjung dan di angkat mengunung tinggi di sini. jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. hatta tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda sebagai menghargai tanah melayu ini di jajah dan di tarah licin akan harta harta di dalamnya. Apakah jasa beliau di sini? MACAI british ini dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah. dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin! siapakah yang berjaya membunuhnya? orang itu mati pada 16 september 2013 dan di kenali sebagai Chin Peng yang mana telah di buang negara dan menetap di thailand kerana melawan penjajah british? elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah penjajah Henry Gurney kepada anak murid mereka. semoga mereka tahu kisah sebenar Henry Gurney adalah gabenor British dan umno adalah MACAI british yang paling ulung sekali bagi menggantikan british. zahid hamidi kata biarpun CHIN PENG telah tiada, rakyat tidak dapat melupakan kekejaman komunis atau komuniti. Kenapa zahid hamidi & pemimpin lain tidak melontarkan komen yang sama kepada henry gurney kerana mengetuai tentera dajjal yahudi menjajah palestin juga tanah melayu? jawapannya kerana UMNO juga MACAI MACAI british, hanya tukar warna kulit saja, dari putih mereka kepada sawo matang. goo.gl/xaOLzI
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 07:47:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015