Chong Wei juara Terbuka Jepun buat kali keempat KUALA LUMPUR 22 - TopicsExpress



          

Chong Wei juara Terbuka Jepun buat kali keempat KUALA LUMPUR 22 Sept. - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Terbuka Jepun buat kali keempat pada perlawanan akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium hari ini. Pemain berusia 31 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga menumpaskan pemain tuan rumah Kenichi Tago 23-21 dan 21-17 dalam masa 55 minit, demikian menurut laman web kejohanan yonexopenjp . Untuk rekod, Chong Wei memenangi Terbuka Jepun sebanyak tiga kali iaitu pada 2007, 2010 dan 2012. Beberapa wakil negara sebelum ini terkandas seawal pusingan pertama dan kedua kejohanan sekali gus menyaksikan Chong Wei menjadi pemain tunggal yang terus mengibarkan cabaran negara pada kejohanan itu. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan itu. -
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 11:17:12 +0000

Trending Topics



style="margin-left:0px; min-height:30px;"> >>> Step Into My Office >> It’s Time to Shift Your Success into
Weight Loss Plan
I was worthless. I was dead. Foul. Nasty. Dirty. I had no eyes

Recently Viewed Topics




© 2015