Cinta Anta Anti Assalamualaikum sedare, tanye sikit. Sedare - TopicsExpress



          

Cinta Anta Anti Assalamualaikum sedare, tanye sikit. Sedare kapel-kapel macam ni tak salah ke? Woop.. no no no.. kami kapel mane ade dating-dating, pegang-pegang tangan macam kapel lain. Kalo jumpe pun jarak 2 meter tau. Tak buat maksiat. Oh.. kirenye cakap-cakap kat tepon je la? Ish.. mane ade sume-sume tu. Gayut-gayut tak main la. Sms je. Tu pun kejut-kejut bgn subuh, bagi-bagi tazkirah, kasi motivasi. Kami nak hubungan kami di redhai. Cinta kami kerana Allah. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang kut. Oh oh.. ade prinsip.. menjaga batasan la kirenye ni? Boleh yek korang tahan dengan godaan syaitan yang dari dulu tak jemu-jemu atur strategi untuk lalaikan manusia dari mengingati Tuhan. Mende-mende maksiat pun die leh nampakkan baik pada mata kite. Err.. u all tau ke tak ni? Habis tu? Takleh bercinta la? Cinta tu kan fitrah semulajadi manusia. Kami bukan main-main. Cinta kami ke arah perkahwinan. Nak bina baitul islam same-same. Kalau tak kapel takleh bina ke? Betul..cinta itu fitrah. Sebab tu Islam dah sediakan jalan terbaik tuk kita bercinta. Melalui nikah, cinta itu halal, terhindar daripada fitnah dan terjaga kesuciannya. Niat yang baik biarlah dilaksanakan dengan cara yang halal. So, kapel HARAM, huhu. Diulang, HAROM.. sebab pe? Korang maybe la dah terlepas dari zina mata, mulut dan anggota-anggota badan yang lain. But then, zina hati? Susah nak dielak. Bila dah rindu merindu, ingat teringat dan terbayang-bayang si dia, hati korang secara x langsung dah berzina! Prevent is better than cure kan? Ikhwan akhwat sekalian.. tinggalkanlah zina.. Huhu.. kene clash ke ni? Terpulang.. tepuk dada tanya taqwa. Kalau betul nak bina baitul Islam, jaga jalan tersebut sungguh-sungguh. Barulah rumah tangga yang bakal dibina nanti sejahtera. Takdela haru biru, gaduh-gaduh, cerai-cerai macam yang banyak berlaku sekarang. Allah PASTI beri kemudahan kepada hambanya yang taat.. #lai3sentap
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 22:28:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015