DALIL LENGKAP AQIDAH TAUHID AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH """...!!!! - TopicsExpress



          

DALIL LENGKAP AQIDAH TAUHID AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH """...!!!! AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH 1- Apa itu aqidah dan kaitannya dengan amalan kita ? Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan salih. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan keburukan. Justeru itu, perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan senda atau diremeh-remehkan. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit”. (Al-Nisa’ ayat 124) Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan salih yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaannya dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud: “Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (beraqidah dengan aqidah yang betul)”. (Sahih al-Bukhariyy) Ini menandakan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain. 2- Apakah aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ? Pertamanya perlu diketahui bahawa kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Bagindatanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya. Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud: “Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”. Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali”. (Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy) Hadis Nabi tersebut menunjukkan bahawa Allah sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali. Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma‘ para ulama yang telah pun dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma‘rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas ‘arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat: “Dan telah disepakati dan di-ijma‘-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat”. 3- Siapakah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ? Pada dasarnya, Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah mereka yang berpegang dengan aqidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad secara fahaman yang betul dan tidak berpegang kepada zahir nas al-Mutasyabihat. Kelompok ulama yang membawa ilmu aqidah Al-Asya’irah merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah pada zaman kini seperti Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar al-Asqolaniyy dan puluhan ribu lagi ulama Islam yang menyebarkan ilmu tauhid Al-Asya’irah. Begitu juga Al-Maturidiyyah merupakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah zaman kini seperti pengikut mazhab Imam Abu Hanifah. Rujuk Ithaf as-Saadah al-Muttaqin Bi Syrhi Ehya ‘Ulumiddin oleh Imam Az-Zabidy. 4- Apa itu ulama As-Salaf & Apa aqidah mereka ? Ulama As-Salaf pada dasarnya merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka adalah ulama yang pernah melalui kehidupannya pada era 300 Hijriyyah pertama. Kesemua ulama Salaf berpegang dengan aqidah bahawa: - Allah adalah Tuhan sekalian alam yang mencipta setiap sesuatu, wujud-Nya tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran, Maha Suci Allah dari dilingkungi dan diliputi oleh tempat, bahkan wujud-Nya tanpa berada di sesuatu tempat, bukan di langit wujud-Nya bukan di bumi pula tempat-Nya. Allahlah Pencipta ‘arasy, diciptakannya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya, bukan pula ianya dijadikan tempat bagi zat Allah. Kerana Dia Pencipta tempat maka Dia tidak memerlukan tempat. 5- Buktikan bahawa aqidah ulama As-Salaf adalah “Allah Wujud Tanpa Bertempat” ? Di sini akan dibawa sebahagian sahaja kenyataan dari para ulama As-Salaf termasuk para sahabat Nabi sebagai bukti menunjukkan bahawa aqidah ulama Salaf antaranya adalah Allah wujud tanpa tempat: i. Seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan keilmuan beliau pernah dipuji oleh Rasulullah iaitu Imam Sayyidina ‘Ali karramallahu wajhah wafat pada 40 Hijriyyah pernah berkata yang bermakna: “Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat”. Kenyataan tersebut dinyatakan dalam kitab karangan Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy dalam kitab beliau yang masyhur al-Farq Bayna al-Firaq pada halaman 256 cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Ini memberi erti bahawa di antara aqidah para sahabat serta ulama Salaf adalah ‘Allah wujud tanpa bertempat’ iaitu tidak dilingkungi oleh sesuatu tempat mahupun semua tempat. Dalam halaman kitab yang sama juga dinukilkan kenyataan Imam ‘Ali yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencipta ‘arasy adalah untuk menzahirkankekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya”. ii. Imam al-Syafi‘iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata: “Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifat-Nya”. Kenyataan Imam al-Syafi‘iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah. iii. Imam yang terkenal dengan karangan kitab aqidah beliau berjudul ‘Aqidah al-Tahawiyyah bernama Imam al-Hafiz Ahmad bin Salamah Abu Ja‘far al-Tahawiyy wafat pada 321 Hijriyyah (merupakan ulama Salaf) telah menyatakan dalam kitab beliau tersebut pada halaman 15, cetakan Dar al-Yaqin yang bermaksud: “Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan, belakang) seperti sekalian makhluk”. 6- Apakah pegangan ulama As-Salaf pada ayat dan hadith al-Mutasyabihat pula ? Pegangan ulama Salaf pada ayat dan hadith al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah Ta‘ala adalah didapati kebanyakan ulama As-Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) ayat tersebut akan tetapi ditakwil secara ijmaliyy (menafikan makna zahirnya) dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah. Akan tetapi wujud di kalangan ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy ayat Al-Mutasyabihat seperti Imam al-Bukhariyy di dalam kitab beliau Sahih al-Bukhariyy mentakwilkan firman Allah di dalam Surah al-Qasas ayat 88: “Wajah-Nya” bererti kerajaan-Nya. 7- Bagaimana pula ulama Al-Khalaf, siapakah mereka dan apa pegangan mereka ? Ulama Khalaf juga adalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka dikategorikan sebagai ulama yang hidup selepas 300 Hijriyyah pertama. Aqidah ulama Khalaf juga tidak terkeluar dari landasan al-Qur’an dan al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah ulama Khalaf tidak sama sekali berlawanan dengan aqidah ulama Salaf, bahkan akidah ulama Salaf itu adalah aqidah ulama Khalaf, begitu jua sebaliknya. Cuma pada segi penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan sifat Allah dan sandaran kepada Allah, ulama Khalaf telah memilih cara penerangan yang lebih terperinci bagi mengelakkan anggapan yang bersifattasybih atau tajsim pada sifat Allah. Contohnya ramai di kalangan ulama Khalaf mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) sifat-sifat Allah yang tertentu kepada makna yang selari dengan bahasa Arab dan layak bagi Allah serta mudah difahami oleh orang awam dan penuntut ilmu bertujuan menjauhkan anggapan yang tidak benar pada sifat Allah. Namun ada juga di kalangan ulama Khalaf yang tidak mentakwilkan secara terperinci. 8- Apakah bukti bahawa ulama Al-Khalaf beraqidah “Allah Wujud Tanpa Bertempat” ? Di sini akan disebut sebahagian sahaja kenyataan para ulama Khalaf bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat: i. Al-Hafiz Ibn Jawziyy al-Hanbaliyy rahimahullah wafat pada 597 Hijriyyah telah menyatakan di dalam kitab karangan beliau berjudul Daf’ Syubhah al-Tasybih mukasurat 189, cetakan Dar Imam al-Nawawiyy: “Sesungguhnya telah sahih di sisi ulama Islam bahawa Allah Ta‘ala tidak diliputi oleh langit, bumi dan tidak berada di setiap tempat”. ii. Imam Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazaliyy yang wafat pada 505 Hijriyyah menyatakan dalam kitab beliau yang masyhur berjudul Ihya’ ‘Ulum al-Din : “Dan Allah juga tidak diliputi oleh tempat dan Allah tidak diliputi arahenam dan Allah tidak pula dilingkungi oleh langit dan bumi.” Rujuk kitab Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Fi Syarh Ihya’ ‘Ulum al-Din, juzuk 2, mukasurat 36, cetakan Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah, Beirut. Maka ini bermakna antara aqidah ulama Khalaf adalah Allah wujud tanpa tempat. 9- Apa sebenarnya definisi Ta’wil ? Ta’wil bererti menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, ini kerana zahir makna nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk. Ta’wilan pula ada dua, Pertama: Ta’wilan Ijmaliyy iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya sebagai contoh perkataan istawa dikatakan istawa yang layak bagi Allah dan waktu yang sama dinafikan zahir makna istawa kerana zahirnya bererti duduk dan bertempat, Allah mahasuci dari bersifat duduk dan bertempat. Manakala kedua adalah: Ta’wilan Tafsiliyy iaitu ta’wilan yang menafikan makna zahir nas tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi Allah seperti istawa bagi Allah bererti Maha Berkuasa kerana Allah sendiri sifatkan dirinya sebagai Maha Berkuasa. 10- Benarkah ulama As-Salaf tidak melakukan ta’wilan langsung ? Demikian adalah tanggapan yang tidak langsung berunsurkan pengkajian yang sebenar kerana dari pentakwilan Imam al-Bukhariyy pada surah Al-Qosos ayat 88 dan takwilan beliau dalam Sahih al-Bukhariyy juga pada ayat 56, Surah Hud jelas menunjukkan beliau sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah. Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy di dalam Fath al-Bariyy Syarh Sahih al-Bukhariyy pada menyatakan hadith al-dhahik (ketawa) berkata: “Al-Bukhariyy telah mentakwilkan hadith al-dhahik (ketawa) dengan erti rahmat dan redha.” Begitu juga Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan ulama Salaf telah mentakwilkan ayat 22, Surah al-Fajr seperti yang diriwayatkan secara bersanad yang sahih oleh Imam Bayhaqiyy dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad mengenai firman Allah: “Dan telah datang Tuhanmu” ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan: Telah datang kekuasaan Tuhanmu. Antara ulama As-Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy iaitu terperinci pada ayat 5 dalam Surah Taha adalah Imam Salaf Abu ‘Abd al-Rahman ‘Abd Allah bin Yahya bin al-Mubarak wafat 237 Hijriyyah dalam kitab Gharib al-Qur’an Wa Tafsiruhu halaman 113, cetakan Mu’assasah al-Risalah, Beirut: Firman Allah: “Al-Rahman di atas ‘arasy ber-istawa”, istawa di sini ertinya menguasai. Maka natijahnya bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar dan tidak menyimpang kerana kedua-duanya mentakwilkan cuma bezanya kebanyakan Salaf mentakwil secara ijmaliyy dan kebanyakan Khalaf pula mentakwil secara tafsiliyy. BAHAYA AJARAN WAHHABI 1- Siapa Wahhabi ? Wahhabi adalah istilah bagi kumpulan ajaran yang diasaskan oleh seorang bernama Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdy . Nama Wahhabi itu adalah nama yang diberikan oleh kumpulan itu sendiri. Rujuk kitab Wahhabi berjudul “Asy-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Aqidatuhu Wa Da’watuhu” karangan Wahhabi Ahmad bin Aal Al-Botomy dan ditahkik oleh Abdul Aziz bin Baz cetakan Al-Jazirah kali kedua 1393h. Dalam kitab tersebut tertera kenyataan Wahhabi mengakui mereka adalah benar-benar Wahhabi: “Telah mampu puak dan kumpulan Wahhabiyyun mendirikan daulah mengikut asas-asas Al-Wahhabiyyah. Danseluruh ajaran agama Islam adalah mesti mengikut Al-Mazhab Al-Wahhabi”. 2- Apakah sejarah ringkas mengenai Muhammad bin Abdul Wahhab & Wahhabi ? Wahhabi yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H sehingga mendorong pengikutnya mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah mereka. Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin Abdul Wahhab adalah saudara kandungnyadan bapanya sendiri. Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. (Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman tersebut: “Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan “Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”). Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama: “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. ( Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275). Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran Takfir yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab. Mufti Mazhab Hambali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H menyatakan dalam kitabnya “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” m/s 276 : “Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”. Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan dalam kitabnya ” Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42: “Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik”. Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketika-mana mereka mula-mula memasuki Kota Taif. (Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr). Demikian tinta sejarah yang tidak boleh dipadamkan lagi perihal menceritakan kisah sejarah Wahhabi sebenar dari ulama Islam yang thiqah. 3- Dimanakah kesalahan dan penyelewengan Wahhabi ? 1-Kesalahan & penyelewengan Wahhabi dari segi Aqidah: Pengkaji sejarah ajaran Wahhabi mendapati fahaman ini mirip kepada sistem akidah dibawa oleh seorang bergelar Jahmu bin Sofwan. Dia meletakkan sistem akidahnya yang celaru berdasarkan kaedah yang digelar “tasybih la tasybih” atau “tajsim la tajsim” iaitu menyamakan dan mentajsimkan Allah dengan makhlukNya kemudian dihujung kenyataan tersebut menafikan pula. Ini dikenali oleh ulama tauhid sebagai “tamwih” iaitu berdusta dengan cara memutar belit fakta. Asas akidah Wahhabi adalah memilih seluruh ayat mutasyabihat sebagai sumber rujukan utama akidah dan membelakangi ayat muhkamat dengan hanya mempercayai zahir maknanya sahaja. Inilah punca utama asas sistem akidah mereka terpesong dari akidah Islam. Di antara akidah golongan Wahhabi yang jelas bercanggah dengan akidah salaf dan khalaf serta bercanggah dengan akidah Islam adalah : 1- Wahhabi mempercayai bahawa Allah duduk diatas Kursi. Lihat kitab Wahhabi Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid m/s 485 cetakan Maktabah Muayyad dan Maktabah Darul Bayan karangan Abdur Rahman bin Hasan yang merupakan cucu kepada Muhammad bin Abdul Wahhab. Ini merupakan akidah yang bercanggah dengan Islam kerana menyamakan Allah dengan makhlukNya, ianya juga tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Hadith serta bercanggah dengan usul keimanan mensucikan Allah dari sifat makhlukNya sepertimana dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Ikhlas ayat 4 yang bermaksud : “ Dan tiadalah bagiNya persamaan dengan sesuatu ”. 2- Wahhabi beriktikad bahawa Arash merupakan tempat bagi zat Allah. Lihat kitab yang sama m/s 627, 629. Ini merupakan mirip kepada akidah yahudi yang sering menyatakan perkara sama di dalam kitab Injil Muharrafah mereka. Sedangkan akidah Islam perihal kewujudan Allah adalah Dia tidak memerlukan tempat kerana Dia yang mencipta tempat maka wujudNya tidak di tempat dan akidah Wahhabi bercanggah dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: “ Dan Engkau Ya Allah, Yang Az-Zhohir, maka tiada sesuatu diatasMu, dan Engkau Ya Allah, Yang Al-Bathin, maka tiada sesuatu dibawahMu ”. Sohih Muslim. Di dalam hadith yang sama riwayat Imam Baihaqi didalam kitab beliau yang berjudul Al- Asma’ Wa As-shifat m/s 400 dinyatakan selepas sabda Nabi : “ Maka, jika diatas Allah tiada sesuatu dan dibawahNya pula tiada sesuatu ini menunjkkan bahawa Allah bukan ditempat ”. 3- Wahhabi menyatakan bahawa Allah mempunyai kedua belah kaki dan Allah akan meletakkan kakiNya didalam api neraka. Lihat kitab Syarah Tafsir Ayatul Kursy oleh Soleh Uthaimin m/k 19 cetakan Maktabah Ibnu Jauzy . Ini merupakan persamaan Allah dengan makhlukNya dan ia jelas bercanggah dengan akidah Islam kerana Allah telah berfirman di dalam Surah An-Nahl ayat 74 yang bermaksud : “ Maka janganlah kamu menyamakan Allah ”. Ini semua merupakan akidah tasybih, dibawa serta diakui oleh mereka sendiri sedangkan ianya bercanggah dengan akidah Islam yang menafikan sifat kaki, bertempat dan duduk bagi Allah Ta’ala. Sekiranya hendak saya nyatakan kesemua, maka kita akan dapati lebih dari 20 perkara akidah mereka terpesong dari landasan akidah para Nabi, sahabat, ulama Islam dan seluruh umat Islam sedunia yang lebih ramai bilangannya dari puak Wahhabi. 2- Kesalahan Pendekatan Fiqh Wahhabi: Dalam segi fekah, golongan Wahhabi mirip kepada Al-La Mazhabiyah iaitu yang mengetepikan dari mengikut hukum hakam yang telah di istimbatkan oleh mana-mana mazhab muktabar dalam Islam. Walaupun demikian mereka tetap mendakwa sebagai pengikut mazhab Hambali untuk mengaburi mata masyarakat agar tidak membenci mereka. Tujuan mereka agar kesemua umat Islam mengikut mereka dari segala aspek hukum dan akidah. Selain itu hukum bid’ah membid’ah juga menjadi cara utama mereka dalam menetapkan sesuatu hukum. Contohnya, Wahhabi membid’ahkan dan menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan yahudi. Lihat kitab At-Tauhid karangan Soleh bin Fauzan m/s 116 cetakan Riyadh, Saudi. Ini membawa kepada kekecohan umat Islam sejagat. Sedangkan hukumnya adalah diharuskan kerana Rasulullah telah bersabda apabila ditanya mengenai puasa sunat hari Isnin baginda menjawab : “ Hari itu adalah hari kelahiranku ”. HR Sohih Muslim. Begitu juga mereka mengharamkan pengkhususan solat dan puasa pada nisfu sya’ban. Lihat kitab yang sama m/s 101. Kenyataan yang popular dari kalangan Wahhabi ini sebenarnya jelas bercanggah dengan hadith yang bermaksud : “ Apabila tiba malam nisfu sya’ban maka bangunlah pada malamnya (qiamullai) dan berpuasalah pada siangnya ” Hadith riwayat Ibnu Majah. Sememangnya dari segi fekah, cara pendekatan mereka cukup terkenal dengan hukum hakam yang ganjil. Jika hendak disenaraikan disini tidak mencukupi kerana ianya melebihi puluhan perkara. 3- Kesalahan Cara Dakwah Wahhabi: Sering kita mendengar dari golongan ini seruan dakwah salafi. Bagi mereka, selain dari Wahhabi sememangnya tidak mengikut cara dakwah Islam yang berlandaskan ajaran salaf. Seolah-olah hanya mereka sahajalah berada dalam landasan sirot mustaqim. Akan tetapi, pada hakikatnya mereka banyak terpesong dari cara dakwah salaf yang sebenar. Lihat sahaja cara dakwah mereka mengkafirkan golongan Islam yang bergelar Asya’irah. Lihat pengkafiran Wahhabi terhadap golongan Islam Asya’irah dalam kitab Wahhabi berjudul Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid karangan Abdur Rahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab m/s 453. Begitu juga Wahhabi menyatakan bahawa Asya’irah bukan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Lihat kenyataan Soleh bin Fauzan dalam kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 terbitan Riasah ‘Ammah Lil Ifta. Sedangkan umat Islam sekarang berpegang dengan Asya’irah dan Asya’irah lah merupakan Ahlus Sunnah Waljamaah sepertimana yang ditegaskan oleh ulama’ terkemuka Al-Hafiz Al-Murtadho Az-Zabidi didalam kitab Itham Sadutul Muttaqin bahawa : “ Apabila dinyatakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah maka mereka adalah Asya’irah dan Al-Maturidy ”. Dengan ini tidak harus menamakan Wahhabi sebagai puak salafi, tetapi perlulah dinamakan mereka sebagai puak Wahhabi walaupun mereka menafikan nama tersebut kerana ulama salaf tidak bermethodkan dakwah mereka seperti Wahhabi. Semoga kita terselamat dari terjerbak dalam kancah kesesatan. 4- Bagaimana pula terdapat sebahagian ulama yang memuji Wahhabi & pengasasnya ? Yang lebih mengenali Muhamma bin Abdul Wahhab dan Wahhabi adalah ulama pada zaman mulanya terbit ajaran Wahhabi itu. Seperti bapanya sendiri dan saudara kandungnya sendiri. Kedua-duanya telah menolak fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab itu dan ulama Islam pada awal lagi telah menolak ajaran Wahhabiyyah. Maka ulama dizaman permulaan terbit Wahhabi lebih mengenali hakikat Wahhabi dari kita dimutaakhir ini. Perlu diketahui juga Wahhabi bukanlah bermazhab Hambali kerana mereka banyak memalsukan aqidah Imam Ahmad dan mendakwa mereka sendiri tidak bermazhab. Bagaimana pula harus dikatakan Wahhabi bermazhab Hambali. Kemungkinan pujian terhadap Wahhabi & pengasasnya terbit disebabkan faktor rasuah dan kewangan atau kerana kurang mahir akan fakta sejarah sebenar mengenai ajaran Wahhabi. 5- Apa hukum solat dibelakang imam Masjid Al-Haram sekarang ? Kita harus menjadi ma’mum kepada mana-mana imam yang tidak jelas kerosakan aqidahnya. Tetapi sekiranya terdapat bukti yang jelas imam sesuatu tempat itu berakidah kufur seperti menyamakan Allah dengan makhluk maka tidak sah solat dibelakangnya sebagai ma’mum. Abdur Rahman As-Sudais dan Asy-Syuraim yang merupakan imam di Masjid Haram sekarang adalah sah solat dibelakang keduanya selagi tidak terzahir apa-apa aqidah yang terpesong. Rasulullah mengajar kita menghukum secara zahir berkenaan Islam seseorang itu tanpa membelah hatinya. Inikan pula kita sering terdengar bahawa Imam As-Sudais bertawassul dengan nabi Muhammad pada doa dalam solatnya di Masjidil Haram. Nasihat: Dewasa kini dalam umat Islam ditindas dari musuh-musuh luar seperti Yahudi dan Kristian, janganlah pula kita menambahkan lagi luka umat Islam dengan memasukkan unsur-unsur dan akidah serta ajaran Wahhabi yang bahaya ini ke dalam masyarakat Islam khasnya ditanah air kita ini. Bagi yang pernah terpedaya dengan ajaran Wahhabi tidak kira apa faktornya percayalah sekiranya anda kembali ke pangkal jalan maka Allah akan membantumu dan insya Allah dimatikan dalam keimanan. Tambahkan ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebenar dengan mempelajarinya dari alim ulama dan ustaz-ustaz yang thiqah dipercayai amanah ilmu yang disampaikan. Tetapkan dirimu dalam cahaya ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah. Semoga Allah menetapkan aqidah sebenar dalam dari kita sehingga dicabut nyawa. KEPUTUSAN JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN MENGENAI FAHAMAN AL-WAHHABIYYAH KERAJAAN MALAYSIA SECARA RASMINYA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN AL-WAHHABIYAH BERDASARKAN: 1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985, 2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985, 3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986, 4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996, 5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997, 6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998, 7- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000, 8- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-20 PADA TAHUN 2002, 9- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-23 PADA TAHUN 2003. KEPUTUSAN: MENYEKAT AJARAN AL-WAHHABIYAH DIAMBIL KERANA AJARAN INI TIDAK BERSESUAIAN DENGAN PENDEKATAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA DIKHUATIRI IANYA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT. SUMBER DARI: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) & JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS) KESANNYA : 1) PARA PENDAKWAH WAHHABIY/SYIAH @ AJARAN SESAT TIDAK DIBERIKAN TAULIAH @ KEBENARAN UTK MENGAJARKAN AGAMA ISLAM KEPADA MASYARAKAT 2) MENGAJAR TANPA TAULIAH (LEBIH2 LAGI WAHHABIY, SYIAH @ AJARAN SESAT) BOLEH DIDAKWA BERASASKAN AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN 1997 (AKTA) 559, SEKSYEN 11 (1) 3) MENYEBARKAN PENDAPAT YANG BERTENTANGAN DENGAN FATWA JUGA BOLEH DIDAKWA PADA AKTA 559, SEK 12. 4) PENYERAGAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ARUS PERDANA DIPERLUKAN BAGI MENJAMIN KEHARMONIAN PEGANGAN, AMALAN DAN FAHAMAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI. Penjelasan Bahawa Allah Maha Suci Dari Sifat Duduk Dan Bertempat Dengan Dalil-Dalil Al-Quran, Hadis, Ijmak Dan Akal 1. Dalil al-Quran Sesungguhnya Allah taala tidak memerlukan segala makhluk-Nya. Demi mensucikan Allah dari sifat persamaan dengan makhluk-Nya dan dari sifat berhajat kepada suatu tempat atau dari sifat berhajat kepada masa cukuplah dengan firman Allah taala: ليس كمثله شىء Mafhumnya: “Tiada suatupun yang sama seperti-Nya” [Surah al-Shura, ayat 11] Al-Imam al-Qurtubi berkata ketika mentafsir ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[1]: وقد قال بعض العلماء المحققين: التوحيد إثبات ذات غير مُشْبِهَة للذوات ولا مُعَطَّلة من الصفات وزاد الواسطي رحمه الله بيانًا فقال: ليس كذاته ذات ولا كاسمه اسم ولا كفعله فعل و لا كصفته صفة إلا من جهة موافقة اللفظ… وهذا كله مذهب أهل الحق والسنة والجماعة رضي الله عنهم Maksudnya: “Dan sesungguhnya sebahagian ulama muhaqqiqin telah berkata: “Tauhid itu ialah penetapan suatu zat yang tidak menyerupai zat-zat yang lain dan tidak menafikan sifat-sifat, al-Wasiti menambah suatu penjelasan dengan berkata: “Tiada suatu zat pun seperti zat-Nya, tiada suatu perbuatan pun seperti perbuatan-Nya dan tiada suatu sifat pun seperti sifat-Nya melainkan dari segi persamaan lafaz… Dan ini semuanya ialah mazhab Ahlul-Haqq was-Sunnah wal-Jama^ah radiyaLlahu ^anhum”. Intaha. Allah taala berfirman: هل تعلم له سميًا Mafhumnya: “…apakah engkau mengetahui ada suatu yang sama dengan Dia?” [Surah Maryam, ayat 65] Al-Imam al-Qurtubi mentafsirkan ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[2]: قال ابن عباس: يريد هل تعلم له ولدًا أي نظيرًا أو مثيلا Maksudnya: “Ibn ^Abbas berkata: “Firman Allah taala itu bermaksud: “Adakah engkau mengetahui Dia ada anak yakni sebanding atau semisal dengan-Nya?”. Allah taala berfirman: ولم يكن له كفوًا أحد Mafhumnya: “…dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya”. [Surah al-Ikhlas, ayat 4] Antara sifat ketidaksamaan Allah dengan sesuatu selain-Nya ialah sifat kewujudan-Nya yang tidak pernah didahului dengan ketiadaan dan tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya. Dengan kata lain, tiada suatupun yang wujud tanpa didahului oleh ketiadaan melainkan Allah taala! Oleh itu, Allah telah wujud sebelum selain-Nya wujud. Inilah yang disebut sebagai azali atau keazalian. Ini berdasarkan firman Allah taala: هو الأول Mafhumnya: “Dia-lah Yang Maha Awal”. [Surah al-Hadid, ayat 3] Ayat 3 surah al-Hadid di atas ditafsirkan dengan dalil hadis yang menyusul di bawah. 2. Dalil Hadis Rasulullah sallahu ^alayhi wa-sallam bersabda: كان الله ولم يكن شيءٌ غيره Mafhumnya: “Allah ada azali dan selain-Nya tiada pun”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Bayhaqi] Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani (w. 852 H) menghuraikan hadis di atas dalam kitabnya Fathul-Bari dengan katanya[3]: والمراد بكان في الأول الأزلية وفي الثاني الحدوث بعد العدم Maksudnya: “Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”. Intaha. Justeru, Allah taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada suatu air pun, tiada suatu udara pun, tiada suatu bumi pun, tiada suatu langit pun, tiada suatu Kursi pun, tiada suatu Arasy pun, tiada suatu manusia pun, tiada suatu jin pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu tempat pun dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya! Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tanpa suatu tempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat pun kepada ciptaan-Nya. Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda: اللهمّ أنت الأول فليس قبلك شيء, وأنت الاخر فليس بعدك شيء, وأنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء Mafhumnya: “Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim] Al-Hafiz Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (w. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’ wa al-Sifat[4]: استدل بعض أصحابنا بنفي المكان عن الله تعالى بقول النبي: ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)) وإذا لم يك فوقه شيء ولا دونه شيء لم يكن في مكان Maksudnya: “Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)). Dan jika tiada suatupun di atas-Nya dan tiadapun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun”. Intaha. Dalil Ijmak Kaum muslimin telah bersepakat bahawa Allah taala tidak bertempat di suatu tempat, tidak diliputi oleh sebarang tempat, tidak mendiami langit dan tidak juga mendiami Arasy kerana Allah taala wujud sebelum kewujudan Arasy, langit dan tempat. Allah taala mustahil berubah dari suatu keadaan kepada suatu keadaan dan dari suatu sifat kepada suatu sifat kerana perubahan keadaan dan sifat adalah sifat makhluk. Oleh itu, Allah taala wujud dengan kewujudan yang azali tanpa suatu tempat pun, dan selepas Dia mencipta tempat Dia masih wujud tanpa bertempat. Ketahuilah bahawa para ulama yang terdiri daripada ahli hadis, ahli fiqh, ahli tafsir, ahli bahasa Arab, ahli usul, para ulama empat mazhab iaitu mazhab-mazhab Shafi^i, Hanafi, Maliki dan Hanbali – kecuali tokoh mazhab yang berpegang dengan aqidah tajsim – , ulama sufi yang benar semua mereka ini berpegang dengan aqidah yang mensucikan Allah dari tempat. Antara ulama yang membawa nukilan ijmak Ahlus-Sunnah di atas aqidah yang mensucikan Allah taala dari tempat ialah al-Imam Abu Mansur ^Abdul-Qahir ibn Tahir al-Baghdadi (w. 429 H) dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq[5]: وأجمعوا – أي أهل السنة والجماعة – على أنه – أي الله – لا يحويه مكان ولا يجوي عليه زمان Maksudnya: “Dan mereka – iaitu Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah – berijmak bahawa Dia – iaitu Allah – tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak dilalui ke atas-Nya oleh suatu masa”. Intaha. Al-Shaykh Imamul-Haramayn Abul-Ma^ali ^Abdul-Malik ibn ^AbduLlah al-Juwayni al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 478 H) menjelaskan ijmak tersebut dalam kitabnya al-Irshad[6]: ومذهب أهل الحقّ قاطبة أنّ الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيّز والتخصص بالجهات Maksudnya: “Dan mazhab Ahlul-Haqq bersepakat bahawa Allah subhanahu wa-ta^ala disucikan dari sifat mengambil lapang atau ruang dan disucikan dari sifat pengkhususan dengan arah”. Intaha. 4. Dalil Akal Allah taala berfirman: وقالوا لو كنَّا نسمع أو نعقل ما كنَّا فى أصحب السعير Maksudnya: “Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”. [Surah al-Mulk, ayat 10] Akal di sisi ulama tauhid adalah saksi bagi syarak dan bukanlah asal bagi agama. Oleh itu, para ulama tauhid tidak berbicara tentang hak Allah taala semata-mata bergantung kepada akal, bahkan mereka berbicara tentang perkara ini dari sudut pendalilan dengan akal berdasarkan perkhabaran yang sahih daripada Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam. Justeru, akal yang sejahtera tidak keluar dari perkara yang dibawa oleh syarak dan tidak saling bertentangan. Dalil akal yang menunjukkan bahawa Allah taala itu maha suci dari tempat ialah jikalah akal boleh menerima bahawa Allah taala wujud tanpa bertempat sebelum penciptaan segala tempat, maka pastilah akal juga boleh menerima bahawa Allah taala juga wujud tanpa bertempat selepas penciptaan tempat dan ini bukanlah suatu penafian kewujudan Allah taala. Perubahan keadaan dan sifat itu mustahil berlaku ke atas Allah taala kerana perubahan adalah bukti kebaharuan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan) yakni kemakhlukan. Kebaharuan atau kemakhlukan pula menafikan sifat ketuhanan. Iktikad tidak berdiri di atas perkara yang ditanggap oleh sangkaan, tetapi berdiri tegak di atas perkara yang boleh ditanggap oleh akal yang waras lagi sejahtera yang merupakan saksi kepada syarak. ___________________________________________ [1] Al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 8, juz. 16, hlm. 10. [2] Ibid, jil. 6, juz. 11, hlm. 54. [3] Ibn Hajar al-^Asqalani, Fathul-Bari, Dar al-Rayyan, Kaherah, juz. 6, hlm. 334. [4] Al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fil-^Arsh wal-Kursi, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 400. [5] Al-Farq baynal-Firaq, Dar al-Ma^rifah, Beirut, hlm. 333. [6] Al-Juwayni, al-Irshad ila Qawati^il-Adillah fi Usulil-I^tiqad, Mu’assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, Beirut, hlm. 58. Fasal 2 Pendapat Para Ulama Ikutan Ahlus-Sunnah Wal-Jama^Ah Bahawa Allah Wujud Tanpa Bertempat 1. Pendapat Ulama Ikutan Sepanjang Zaman Selama Lebih 14 Kurun Kurun Pertama Hijrah: Misbahul-Tafrid wa Sabahut-Tawhid al-Sahabi al-Jalil wal-Khalifatur-Rashid Sayyiduna ^Ali ibn Abi Talib radiyaLlahu ^anhu wa-karrama wajhah (w. 40 H) berkata[1]: كان – أي الله – ولا مكان وهو الآن على ما كان Maksudnya: “Allah ada azali, dan tempat tidak ada dan Dia sekarang dengan apa yang Dia ada (wujud-Nya azali tanpa bertempat)”. Intaha. Al-Tabi^i al-Jalil al-Imam Zaynul-^Abidin ^Ali ibn al-Husayn radiyaLlahu ^anhuma (w. 94 H) berkata dalam kitabnya al-Sahifatus-Sajjadiyyah[2]: أنت الله الذي لا يحويك مكان Maksudnya: “Engkaulah Allah yang tidak diliputi oleh suatu tempat pun”. Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin] Kurun Kedua Hijrah: Al-Imam Ja^far al-Sadiq radiyaLlahu ^anhu (w. 148 H) berkata[3]: من زعم أن الله في شيء أو من شيء أو على شيء فقد أشرك إذ لو كان على شيء لكان محمولاً ولو كان في شيء لكان محصورًا ولو كان من شيء لكان مُحدَثًا – أي مخلوقًا – Maksudnya: “Barangsiapa menyangka bahawa Allah itu berada di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka sesungguhnya dia telah syirik. Ini kerana jika Dia ada di atas sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang ditanggung, jika Dia di dalam sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang terbatas, dan jika Dia daripada sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang baharu – iaitu makhluk (yang diciptakan) – “. Intaha. [Disebut oleh al-Qushayri di dalam kitabnya al-Risalah al-Qushayriyyahi] Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu^man ibn Thabit radiyaLlahu ^anhu (w. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqhul-Absat[4]: كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق وكان الله تعالى ولم يكن أَيْنٌ ولا خَلْقٌ ولا شيء وهو خالق كل شيء Maksudnya: “Allah taala itu ada (azali) dan tempat tidak ada pun sebelum Dia mencipta makhluk. Dan Allah taala itu ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu makhluk yang lain pun tidak ada, dan Dia pencipta segala sesuatu”. Intaha. Kurun Ketiga Hijrah: Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Shafi^i radiyaLlahu ^anhu (w. 203 H) berkata[5]: إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكانَ لا يجوز عليه التغييرُ في ذاته ولا التبديل في صفاته Maksudnya: “Sesungguhnya Dia taala ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada (azali) sebelum Dia mencipta tempat. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga penukaran pada sifat-Nya”.Intaha. [Dinaqalkan oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadatil-Muttaqin] Al-Imam al-Mujtahid Ahmad ibn Hanbal radiyaLlahu ^anhu (w. 231 H) tidak berpendapat bahawa Allah ada dengan arah sebagaimana dinaqalkan oleh al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jawzi al-Hanbali (w. 597 H) dalam kitabnya al-Bazul-Ashhab[6] dan oleh al-Qadi Badrud-Din Muhammad ibn Jama^ah (w. 833 H) dalam kitabnya Idah al-Dalil[7]. Kurun Keempat Hijrah: Al-Imam al-Faqih Abu Ja^far al-Tahawi radiyaLlahu ^anhu (w. 321 H) dalam risalahnya al-^Aqidatut-Tahawiyyah[8]: وتعالى – أي الله – عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات لا تحويه الجهاتُ السِتُّ كسائر المبتَدَعات Maksudnya: “Allah Maha Suci dari batasan, sakatan, sudut, anggota besar dan anggota kecil sedangkan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk”. Intaha. Al-Hafiz Muhammad ibn Hibban radiyaLlahu ^anhu (w. 354 H) dalam kitabnya yang masyhur Sahih Ibn Hibban[9]: كان – الله – ولا زمان ولا مكان Maksudnya: “Allah ada (azali), sedangkan masa tidak ada dan tempat juga tidak ada”. Intaha. Kurun Kelima Hijrah: Al-Imam Abu Bakr Muhammad ibn al-Hasan yang dikenali dengan panggilan Ibn Furak radiyaLlahu ^anhu (w. 406 H) berkata dalam kitabnya Mushkilul-Hadith[10]: لا يجوز على الله تعالى الحلول في الأماكن لاستحالة كونه محدودًا ومتناهيًا وذلك لاستحالة كونه مُحدَثًا Maksudnya: “(Sifat) mendiami tempat itu tidak harus (pada akal) berlaku ke atas Allah taala kerana kemustahilan keadaan-Nya itu terbatas dan berpenghujung, dan itu kerana kemustahilan keadaan-Nya itu baharu”. Intaha. Al-Faqih al-Imam al-Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi al-Shafi^i (w. 476 H) berkata dalam kitabnya al-Isharah ila Madhhab Ahlil-Haqq[11]: إنه – أي الله تعالى – كان ولا مكان ثم خلق المكان وهو الآن على ما عليه كان Maksudnya: “Sesungguhnya Allah taala itu ada (azali) sedangkan suatu tempat pun tidak ada. Kemudian Dia mencipta tempat sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat)”. Intaha. Kurun Keenam Hijrah: Al-Shaykh Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali al-Shafi^i (w. 505 H) berkata dalam kitabnya Qawa’idul-^Aqa’id[12]: تعالى – أي الله – عن أن يحويَه مكان، كما تقدس عن أن يَحُدَّه زمان، بل كان قبل خلق الزمان والمكان وهو الآن على ما عليه كان Maksudnya: “Allah Maha Suci dari diliputi oleh suatu tempat pun sepertimana Dia Maha Kudus dari dibatasi oleh suatu masa pun, bahkan Dia ada (azali) sebelum penciptaan masa dan tempat sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)”. Intaha. Al-Qadi Abu Bakr Ibnul-^Arabi al-Maliki al-Andalusi (w. 543 H) berkata dalam kitabnya al-Qabas fi Sharh Muwatta’ Malik ibn Anas[13]: البارئ يتقدس عن أن يُحَدَّ بالجهات أو أن تكتنفه الأقطار Maksudnya: “Al-Bari’ (Allah) Maha Kudus dari dibatasi dengan segala arah atau dilingkungi oleh segala tepian”. Intaha. Kurun Ketujuh Hijrah: Al-Mufassir Fakhrud-Din al-Razi (w. 606 H) berkata dalam kitab tafsirnya yang berjudul al-Tafsir al-Kabir[14]: قوله تعالى: }وهو العلي العظيم{ لا يجوز أن يكون المراد بكونه عليًا العلوَّ بالجهة والمكان لما ثبتت الدلالة على فساده، فوجب أن يكون المراد من العلي المتعالي عن مشابهة المُمْكِنات ومناسبة المُحْدَثات Maksudnya: “Firman-Nya taala: {وهو العلي العظيم} yang mafhumnya “Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Agung” tidak harus (pada akal) bahawa maksud keadaan-Nya Yang Maha Tinggi itu sebagai tinggi dengan makna arah dan tempat lantaran pembuktian ke atas kebatilannya telah sabit. Oleh itu, wajib (pada akal) bahawa maksud Yang Maha Tinggi itu ialah Maha Suci dari penyerupaan dengan segala mumkinat (perkara yang harus ada – makhluk – ) dan persamaan dengan muhdathat (perkara yang baharu – makhluk – )”. Intaha. Sultanul-^Ulama’ al-Shaykh ^Izzud-Din ibn ^Abdis-Salam (w. 660 H) berkata dalam kitabnya Mulhatul-I^tiqad berkenaan hak Allah taala[15]: ليس بجسمٍ مصوَّرٍ ولاجوهر محدود مُقَدَّرٍ ولا يشبه شيئًا ولا يشبهُه شيء ولا تحيط به الجهات ولا تكتنفه الأرَضون ولا السماوات كان قبل أن كوّن الأكوان، ودبر الزمان وهو الآن على ما عليه كان Maksudnya: “(Allah) bukanlah suatu jisim yang memang boleh digambarkan dan bukan suatu jauhar yang memang dapat dibataskan dan diukur. Dan Dia tidak menyerupai sesuatu dan tiada suatu pun yang boleh menyerupai-Nya. Dan Dia tidak diliputi oleh segala arah dan tidak lingkungi oleh segala bumi dan segala langit sedangkan Dia ada (azali) sebelum Dia mengadakan segala makhluk. Dan Dia mentadbir masa sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa berhajat kepada tempat, masa dan sekalian makhluk)”. Intaha. Kurun Kelapan Hijrah: Al-Qadi Badrud-Din Muhammad ibn Ibrahim yang dikenali dengan nama Ibn Jama^ah al-Shafi^i (w. 733 H) dalam kitabnya Idahud-Dalil[16]: كان الله ولا زمان ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان Maksudnya: “Allah ada (azali), dan suatu masa pun tidak ada dan suatu tempat pun juga tidak ada sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)”. Intaha. Al-Mufassir al-Muqri’ al-Nahwi Muhammad ibn Yusuf yang dikenali dengan nama Abu Hayyan al-Andalusi (w. 745 H) berkata dalam kitabnya al-Bahrul-Muhit[17] ketika mentafsir ayat 19 surah al-Anbiya’[18]: وعند هنا لا يراد بها ظرف المكان لأنه تعالى منـزه عن المكان بل المعنى شرف المكانة وعلو المنـزلة Maksudnya: “Dan perkataan ^inda di sini tidak dikehendaki dengannya makna keadaan tempat kerana Dia taala itu disucikan dari tempat, bahkan makna (yang dikehendaki) ialah kemuliaan kedudukan dan ketinggian martabat”. Intaha. Kurun Kesembilan Hijrah: Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani al-Shafi^i (w. 852 H) berkata dalam kitabnya Fathul-Bari[19]: ولا يلزم من كون جهتي العلو والسفل محالاً على الله أن لا يوصف بالعلو لأن وصفه بالعلو من جهة المعنى، والمستحيل كون ذلك من جهة الحس، ولذلك ورد في صفته العالي والعليّ والمتعالي Maksudnya: “Dan tidak lazim daripada keadaan dua arah atas dan bawah yang mustahil ke atas Allah itu untuk Dia disifatkan dengan tinggi kerana pensifatan-Nya dengan tinggi dari segi makna. Dan mustahil keadaan (tinggi) itu dari segi hissi (pencerapan deria), dan oleh itu, (sifat-sifat) al-^Ali, al-^Aliyy dan al-Muta^ali telah warid dalam pensifatan-Nya”. Intaha. Al-Shaykh Badrud-Din Mahmud ibn Ahmad al-^Ayni al-Hanafi (w. 855 H) berkata dalam kitabnya ^Umadatul-Qari[20]: تقرر أنّ الله ليس بجسم فلا يحتاج إلى مكان يستقرّ فيه فقد كان ولا مكان Maksudnya: “Ditetapkan bahawa Allah bukanlah suatu jisim, maka Dia tidak berhajat kepada suatu tempat yang Dia bertempat padanya, maka sesungguhnya Dia ada azali dan suatu tempat pun tidak ada (bersama dengan keazalian-Nya)”. Intaha. Kurun Kesepuluh Hijrah: Al-Hafiz Jalalud-Din ^Abd al-Rahman ibn Abu Bakr al-Suyuti al-Shafi^i (w. 911 H) berkata ketika menghuraikan hadis((أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد)) di dalam kitabnya Sharh Sunan al-Nasa’i[21]: قال القرطبي: هذا أقرب بالرتبة والكرامة لا بالمسافة لأنه منزه عن المكان والمساحة والزمان وقال البدر بن الصاحب في تذكرته: في الحديث إشارة إلى نفي الجهة عن الله تعالى Maksudnya: “Al-Qurtubi berkata: “Lafaz aqrab (lebih hampir) ini dengan makna tingkatan dan kemuliaan bukannya dengan makna jarak kerana sesungguhnya Dia disucikan dari tempat, jarak dan masa. Al-Badr ibn al-Sahib berkata: “Di dalam hadis tersebut ada suatu isyarat kepada penafian arah buat Allah taala”. Intaha. Al-Shaykh Abul-^Abbas Shihabud-Din Ahmad ibn Muhammad al-Qastalani al-Misri (w. 923 H) berkata dalam kitabnya Irshadus-Sari Sharh Sahih al-Bukhari[22]: ذات الله منـزه عن المكان والجهة Maksudnya: “Zat (Diri) Allah itu disucikan dari sebarang tempat dan arah”. Intaha. Kurun Kesebelas Hijrah: Al-Shaykh Mulla ^Ali al-Qari al-Hanafi (w. 1014 H) berkata dalam kitabnya al-Rawdul-Azhar fi Sharh al-Fiqhil-Akbar[23]: أما علوّه تعالى على خلقه المستفاد من نحو قوله تعالى: }وهو القـاهر فوق عباده{ (سورة الأنعام – ءاية 61) فعلوّ مكانة ومرتبة لا علوّ مكان كما هو مقرر عند أهل السنة والجماعة Maksudnya: “Adapun ketinggian Allah taala ke atas ciptaan-Nya yang diambil dari seperti firman Allah taala: {وهو القـاهر فوق عباده} [Surah al-An^am, ayat 61], maka (makna ketinggian) ialah ketinggian kedudukan dan martabat bukannya ketinggian tempat seperti yang diakaui di sisi Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah”. Intaha. Al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad ibn ^Ali yang dikenali dengan nama Ibn ^Allan al-Siddiqi al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 1057 H) berkata dalam kitabnya al-Futuhat al-Rabbaniyyah[24]: إن الله فوقَ كل موجود مكانةً واستيلاءً لا مكانًا وجهةً Maksudnya: “Sesungguhnya Allah di atas setiap yang wujud dari segi kedudukan dan penguasaan bukannya dari segi tempat dan arah”. Intaha. Kurun Kedua Belas Hijrah: Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abd al-Baqi al-Zarqani al-Maliki (w. 1122 H) berkata dalam kitab huraiannya ke atas Muwatta’ al-Imam Malik[25]: وقال البيضاوي: لما ثبت بالقواطع أنه سبحانه منـزه عن الجسمية والتحيز امتنع عليه النـزول على معنى الانتقال من موضع إلى موضع أخفض منه Maksudnya: “Al-Baydawi berkata: “Oleh kerana telah sabit dengan dalil-dalil yang putus bahawa Allah subhanahu itu disucikan dari kejisiman dan pengambilan ruang, maka sifat turun tertahan dari (menjadi sifat-)Nya dengan makna berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lebih rendah darinya”. Intaha. Al-Sufi al-Zahid al-^Arif al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Nabulusi al-Dimashqi al-Hanafi (w. 1143 H) berkata dalam kitabnya Ra’ihatul-Jannah Sharh Ida’atud-Dujnah[26]: فتنزه سبحانه وتعالى عن جميع الأمكنة العلوية والسفلية وما بينهما Maksudnya: “Allah subhanahu wa-ta^ala maha suci dari semua tempat yang teratas, terbawah dan suatu yang ada di antara tempat yang teratas dan yang terbawah”. Intaha. Kurun Ketiga Belas Hijrah: Al-Shaykh Muhaddith Bayrut Muhammad ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Sharif al-Shafi^i (w. 1279 H) berkata dalam kitabnya Rasa’il fi Bayan ^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah[27]: ولا يدخل في وجوده – تعالى – زمان ولا مكان فإنه السابق على الزمان والمكان Maksudnya: “Dan tiada suatu masa pun dan tiada suatu tempat pun masuk dalam kewujudan Allah taala kerana sesungguhnya Dia terdahulu (azali) sebelum sebarang masa dan tempat”. Intaha. Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Ghanimi al-Maydani al-Hanafi al-Dimashqi (w. 1298 H) berkata dalam kitabnya Sharh al- ^Aqidah al-Tahawiyyah[28]: والله تعالى ليس بجسم فليست رؤيته كرؤية الأجسام فإن الرؤية تابعة للشيء على ما هو عليه، فمن كان في مكان وجهة لا يُرى إلا في مكان وجهة كما هو كذلك، ويُرى أي المخلوقُ بمقابلة واتصالِ شعاع وثبوت مسافة، ومن لم يكن في مكان ولا جهةٍ وليس بجسم فرؤيتُه كذلك ليس في مكان ولا جهة Maksudnya: “Dan Allah taala itu bukanlah suatu jisim. Oleh itu, maka melihat-Nya bukanlah seperti melihat segala jisim. Ini kerana sesungguhnya perbuatan melihat adalah kesudahan bagi sesuatu berdasarkan keadaan sesuatu tersebut. Maka barangsiapa yang ada di suatu tempat dan arah tidak dilihat melainkan di suatu tempat dan suatu arah seperti begitulah. Makhluk dilihat dengan cara berdepan, bersambungnya suatu pancaran cahaya dan tetapya suatu jarak. Oleh itu, sesiapa yang tidak ada di suatu tempat, tidak juga di suatu arah dan tidak berjisim, maka demikian juga melihatnya tidaklah di suatu tempat dan tidak juga di suatu arah”. Intaha. Kurun Keempat Belas Hijrah: Al-Shaykh ^Abdul-Majid al-Sharnubi al-Azhari (w. 1348 H) ketika menghuraikan kitab Ta’iyyah al-Suluk[29]: فهو سبحانه لا يَحُده زمان ولا يحمله مكان بل كان ولا مكان ولا زمان وهو الآن على ما عليه كان Maksudnya: “Maka Allah subhanhu tidak dibatasi oleh suatu masa dan tidak ditanggung oleh suatu tempat, bahkan Dia ada (azali) dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu masa pun tidak ada, sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (wujud-Nya azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)”. Intaha. Al-Shaykh Salamah al-Quda^i al-^Azzami al-Shafi^i (w. 1376 H) dalam kitabnya Furqanul-Qur’an[30]: أجمع أهل الحق من علماء السلف والخلف على تَنـزُّهِ الحق سبحانه عن الجهة وتقدّسه عن المكان Maksudnya: “Ahlul-Haqq (Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah) dari kalangan ulama Salaf dan Khalaf berijmak di atas mensucikan al-Haqq (Allah) dari arah dan mengkuduskan-Nya dari tempat”. Intaha. Kurun Kelima Belas Hijrah: Muhaddith al-Diyar al-Maghribiyyah al-Shaykh ^AbduLlah ibn Muhammad al-Siddiqi al-Ghummari (w. 1413 H) dalam kitabnya ^Aqidah Ahlil-Islam[31]: قال النيسابوري في تفسيره: أما قوله}ورافعك إليّ{ (سورة ءال عمران – ءاية 55) فالمشبهة تمسكوا بمثله في إثبات المكان لله وأنه في السماء لكنّ الدلائل القاطعة دلّت على أنه متعالٍ عن الحيز والجهة فوجب حمل هذا الظاهر على التأويل بأنّ المراد: إلى محلّ كرامتي Maksudnya: “Al-Naysaburi berkata dalam tafsirnya: “Adapun firman Allah {ورافعك إليّ}[surah Al ^Imran, ayat 55] maka golongan al-Mushabbihah berpegang dengan semisal firman ini dalam menetapkan tempat bagi Allah dan bahawa Dia di langit, tetapi dalil-dalil yang putus menunjukkan bahawa sesungguhnya Dia maha suci dari ruang dan arah, maka wajib membawa (makna) zahir ini berdasarkan takwil bahawa maksudnya: “ke tempat kemuliaan-Ku”. Intaha. Al-^Allamah al-Faqih al-Muhaddith al-Hafiz al-Shaykh ^AbduLlah al-Harari yang dikenali dengan panggilan al-Habashi (w. 1429 H) berkata dalam kitabnya Izharul-^Aqidah al-Sunniyyah[32]: قال أهل الحق إن الله ليس بمتمَكِّن في مكان أي لا يجوز عليه المماسة للمكان والاستقرار عليه Maksudnya: “Ahlul-Haqq (Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah) berkata sesungguhnya Allah bukanlah bertempat di suatu tempat iaitu tidak boleh berlaku ke atas-Nya perlakuan menyentuh tempat dan menetap di atasnya”. Intaha. Bahkan ramai lagi para ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah daripada pelbagai bangsa dan bahasa yang menyatakan dalam kitab-kitab mereka bahawa Allah ada tanpa bertempat. WaLlahu a^lam. ____________________________________ [1] Abu Mansur Abdul-Qahir al-Baghdadi, al-Farq baynal-Firaq, Dar al-Ma^rifah, Beirut, hlm. 333. [2] Muhammad Murtada al-Zabidi, Ithaf al-Sadatil-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 4, hlm. 380. [3] Abul-Qasim ^Abdul-Karim al-Qushayri, al-Risalah al-Qushayriyyah, Dar al-Kitab al-^Arabi, hlm. 6. [4] Abu Hanifah al-Nu^man ibn Thabit, al-Fiqhul-Absat – dikumpulkan dalam Majmu^ Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq al-Kawthari – , t. pt., hlm. 6. [5] Muhammad Murtada al-Zabidi, Ithaf al-Sadatil-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 2, hlm. 23. [6] Ibn Jawzi, al-Bazul-Ashhab al-Munqid ^ala Mukhalifil-Madhhab, Dar al-Jinan, Beirut, hlm. 56. [7] Ibn Jama^ah, Idah al-Dalil fi Qat^ Hujaj Ahlit-Ta^til, Dar al-Salam, Mesir, hlm. 108. [8] Abu Ja^far, al-^Aqidah al-Tahawiyyah – disertakan dalam Sharh al-^Aqidah al-Tahawiyyah oleh al-^Allamah al-Faqih ^Abdul-Ghani al-Ghanimi – , Dar al-Fikr, Damsyiq, hlm. 28. [9] Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban – lihat dalam al-Ihsan bi-Tartib Sahih Ibn Hibban oleh Ibn Balban – , Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, juz. 8, hlm. 4. [10] Ibn Furak, Mushkil al-Hadith, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, hlm. 57. [11] Abu Ishaq al-Shirazi, Sharh al-Luma^ – lihat aqidah al-Shirazi di mukadimah kitab ini – , Dar al-Gharb, Beirut, juz. 1, hlm. 101. [12] Al-Ghazali, Ihya’ ^Ulum al-Din – lihat di bahagian yang bertajuk Kitab Qawa’id al-^Aqa’id di fasal pertama -, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 1, hlm. 108. [13] Abu Bakr ibn al-^Arabi al-Maliki, al-Qabas fi Sharh Muwatta’ Malik ibn Anas, Dar al-Gharb al-Islami, t. tp., juz. 1, hlm. 395. [14] Fakhrud-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir – lihat surah al-Shura, ayat 4 – , Dar al-Fikr, Beirut, juz. 27, hlm. 144. [15][15] ^Izzud-Din ibn ^Abd al-Salam, Mulhatul-I^tiqad - lihat dalam Tabaqat al-Shafi^iyyah al-Kubra oleh al-Shaykh Tajud-Din al-Subki – , Dar Ihya’ al-Kutub al-^Arabiyyah, Kaherah, juz. 8, hlm. 219. Lihat juga Mulhah fi I^tiqad Ahlil-Haqq oleh Sultanul-^Ulama’ al-Shaykh ^Izzud-Din ibn Abdis-Salam dalam Rasa’il fi al-Tawhid, Dar Fikr al-Mu^asir, Beirut – Dar al-Fikr, Damsyiq, hlm. 11. [16] Ibn Jama^ah, Idah al-Dalil fi Qat^ Hujaj Ahlit-Ta^til, Dar al-Salam, Mesir, hlm. 103 – 104. [17] Abu Hayyan al-Andalusi, al-Bahrul-Muhit – lihat surah al-Anbiya’, ayat 19 – , Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, juz. 6, hlm. 302. [18] Iaitu firman Allah taala: {وله من في السماوات والأرض ومن عنده لا يستكبرون عن عبادته} Maksudnya: “Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya..” [19] Ibn Hajar al-^Asqalani, Fathul-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 6, hlm. 136. [20] Al-^Ayni, ^Umdatul-Qari Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 12, juz. 25, hlm. 117. [21] Al-Suyuti, Sharh Sunan al-Nasa’i, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 1, hlm. 576. [22] Al-Qastalani, Irshad al-Sari li-Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beirut, juz. 15, hlm. 451. [23] Mulla ^Ali al-Qari, al-Rawdul-Azhar fi Sharh al-Fiqhil-Akbar, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut, hlm. 196 – 197. [24] Ibn ^Allan al-Siddiqi, al-Futuhat al-Rabbaniyyah ^alal-Adhkar al-Nawawiyyah, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 4, juz. 7, hlm. 327. [25] Al-Zarqani, Sharh al-Zarqani ^ala Muwatta’ al-Imam Malik, Dar al-Ma^rifah, Beirut, juz. 2, hlm. 36. [26] Al-Nabulusi, Ra’ihatul-Jannah Sharh Ida’atud-Dujnah, Mustafa al-Babi al-Halabi, Kaherah, 48 – 49. [27] Muhammad al-Hut, Rasa’il fi Bayan ^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah, ^Alam al-Kutub, Beirut, hlm. 44. [28] Al-Ghanimi, Sharh al-^Aqidah al-Tahawiyyah, Dar al-Fikr, Damsyiq, hlm. 68 – 69.. [29] Al-Sharnubi, Sharh Ta’iyyatis-Suluk ila Malikil-Muluk, al-Matba^ah al-Hamidiyyah, Mesir, hlm. 60. [30] Salamah al-Quda^i, Furqanul-Qur’an bayna Sifatil-Khaliq wa-Sifatil-Akwan, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 93. [31] ^AbduLlah al-Ghummari, ^Aqidah Ahlil-Islam fi Nuzul ^Isa ^alayhis-salam, Maktabah al-Qahirah, Mesir, hlm. 29. [32] ^AbduLlah al-Harari, Izharul-^Aqidah al-Sunniyyah bi-Sharhil-^Aqidah al-Tahawiyyah, Dar al-Mashari^ lit-Tiba^ah wan-Nashr wat-Tawzi^, Beirut, hlm. 164 – 165.
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 16:15:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015