DBKK jadi PBT pertama di Sabah guna sistem - TopicsExpress



          

DBKK jadi PBT pertama di Sabah guna sistem e-Penguatkuasaan 08/07/2013 KOTA KINABALU - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Sabah menggunakan Sistem e-Penguatkuasaan iaitu sistem pengurusan kompaun dan penguatkuasaan berkomputer. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, sistem itu akan menjadikan pengurusan sedia ada berjalan dengan lebih sistematik dan cekap. "Sistem ini akan diguna pakai oleh anggota penguatkuasa DBKK dalam menangani kesalahan seperti letak kereta, kebersihan premis makanan, tapak binaan, kutu sampah, struktur haram dan kesalahan lain di bawah undang-undang kecil DBKK,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran sistem itu di sini hari ini. Beliau berkata, sistem itu banyak membantu pelaksanaan pelbagai proses dari pengeluaran kompaun berkomputer sehingga pengurusan notis tindakan mahkamah. "Penggunaan Peranti Mudah Alih dan Pencetak Mudah Alih bagi penguatkuasaan mengkompaun pelbagai jenis kesalahan dapat mengurangkan masa kerja serta menjimatkan kos bagi tenaga kerja dan penggunaan kertas,” katanya. - Bernama kosmo!
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 11:19:13 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015