DBKL tempat 300 anggota Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala - TopicsExpress



          

DBKL tempat 300 anggota Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menempatkan 300 anggotanya bertugas di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India sepanjang Ramadan bermula Rabu ini.Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonominya Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pegawai, dan anggotanya yang bertugas secara bergilir-gilir akan bekerjasama dengan polis dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi mengawal keselamatan di situ.“Malah, tahun ini juga pegawai Imigresen turut bertugas bagi membolehkan tindakan terus diambil ke atas peniaga dan penjaja warga asing yang berani beroperasi di situ.“Manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan turut bersama memantau kegiatan penjualan dan penyewaan tapak secara haram di samping anggota DBKL yang melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan peniaga dan penjaja kecil di bazar Ramadan mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya di sini, semalam. Mhd Amin turut menasihatkan agar peniaga, penjaja dan pembantu mereka sentiasa berada di tapak gerai sepanjang mereka beroperasi.“DBKL menetapkan peniaga dan penjaja yang berjaya memperoleh tapak berniaga bazar Ramadan memastikan mereka atau pembantu yang dinamakan sentiasa berada di premis gerai masing-masing.“Jika tidak, tindakan tegas boleh dikenakan ke atas mereka bagi mengekang masalah penjualan lesen dan tapak kepada pihak ketiga secara haram,” katanya.Sementara itu, beliau turut menegaskan DBKL tidak pernah melantik individu atau pihak luar menjadi ejen untuk melakukan urusan penjualan rumah kos rendah seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).“Perlu diingatkan rumah PPR dan PA hanya ditawarkan kepada penduduk di perumahan berkenaan sekiranya memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.“Dalam hal ini, orang luar tidak layak membeli rumah PPR dan PA. Justeru, apabila ada pihak yang menawarkan pemilikan rumah ini kepada orang ramai yang bukan tinggal di PPR dan PA, sudah tentu ia satu penipuan.“Jangan mudah percaya dengan tawaran seperti ini dan mudah untuk menyerahkan duit tanpa hitam putih seperti surat tawaran pemilikan rumah yang jelas dan sahih.“Sekiranya ada orang ramai didatangi individu yang mendakwa sebagai ejen DBKL dan menawarkan rumah PPR atau PA, diminta segera melaporkannya kepada polis,” katanya.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 21:00:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015