DILEMA SYARIKAT JAGA Kerajaan patut tubuh akademi latih pengawal - TopicsExpress



          

DILEMA SYARIKAT JAGA Kerajaan patut tubuh akademi latih pengawal keselamatan... BERI Proton Saga suruh pecut macam Ferrari! Itulah perumpamaan utk menggambarkan nasib syarikat kawalan keselamatan kita.Beri bayaran ciput tapi nak tuntut perkhidmatan kelas satu.Bayar RM5 sejam minta pengawal buat kerja macam-macam. Apakah nilai penjaga harta dan nyawa di negara kita serendah RM5 sejam. Kisah pengawal keselamatan negara kita bergegar lagi apabila dua kes pembunuhan berlaku baru-baru ini.Pada 23 Oktober,seorang eksekutif AmBank ditembak di mukanya oleh seorang pengawal keselamatan dan melarikan wang berjumlah RM450,000.00. Seminggu kemudian,seorang lagi jaga bersenjatakan senjata api melarikan sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas. Kedua-dua kejadian itu membabitkan pengawal warga asing yang menyamar sebagai warga Malaysia.Ekoran kejadian itu ramai menunding jari kepada syarikat pengawal keselamatan.Ada juga desakan minta kerajaan tutup semua syarikat kawalan keselamatan. Mereka cadangkan premis berisiko tinggi seperti bank atau kedai emas dikawal oleh polis bantuan. Cadangan ini amat bagus,tapi bolehkah ia dilaksanakan?Seteruk-teruk pengawal keselamatan pun ia tetap penting dan berguna.Janganlah disebabkan beberapa kes seperti itukita terus buat andaian pengawal keselamatan berbahaya dan tidak diperlukan lagi. Bagaimana dengan kes polis merompak,apakah kita tidak perlu lagi dengan khidmat polis?Bagaimana dengan kes guru rogol pelajar,apakah kita tidak perlu lagi khidmat guru? Kita perlu tangani setiap masalah dengan bijaksana. Kerajan perlu buka mata terhadap masalah syarikat keselamatan.Kewujudan begitu banyak syarikat pengawal keselamatan menunjukkan khidmatnya amat diperlukan. Tutup syarikat keselamatan menambahkan lagi masalah.Beratus ribu bakal hilang punca rezeki.Manusia boleh bertindak ganas termasuk jadi penjenayah jika tidak ada kerja.Lebih teruk dari apa yang berlaku sekarang. Masih ramai rakyat tidak memiliki pendidikan tinggi di negara kita.Masih ramai rakyat sekadar lulus SRP atau PMR.Mereka terkandas disebabkan kemiskinan atau masalah peribadi. Dengan kelulusan yang rendah itu tidak memungkin mereka memohon kerja yang lebih baik.Cuma dua bidang kerja saja tidak memerlukan kelulusan tinggi,iaitu jadi amah dan pengawal keselamatan. Pengawal keselamtan memberi peluang golongan tidak berpeluang ke IPTA atau IPTS mendapatkan kerja.Seperti kata seorang pengawal keselamatan bangsa Nepal kepada media baru-baru ini.Pusing-pusing bagunan sahaja... Ada kakitangan kerajaan berpendapatan rendah sanggup jadi jaga pada waktu malam.Paling ramai polis dan askar pencen.Bagi menambah pendapatan mereka terpaksa buat dua kerja dan kerja paling senang pengawal keselamatan. Ibu tunggal dan pekerja kilang juga ambil peluang jadi jaga untuk menyara keluarga. Apa yang perlu kerajaan lakukan bukannya menutup operasi syarikat pengawal keselamatan,sebaliknya membantu syarikat terbabit meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.Kalau kerajaan sanggup sediakan kursus khas untuk polis bantuan,kenapa perkara sama tidak dilakukan terhadap semua pengawal keselamatan. Walaupun kerjanya dianggap mudah,tetapi tanggung jawabnya besar.Risikonya juga besar.Sebab itu tugas menjaga keselamatan ,tidak kiralah keselamatan bank,kedai emas,bilik pameran kenderaan atau sekolah dan taman perumahan,semuanya menuntut tanggung jawab besar dan penuh dedikasi. Sudah tiba masanya khidmat pengawal keselamatan dinaik taraf.Untuk itu kerajaan perlu menubuhkan sebuah akademi khas melatih semua jaga dan pengawal keselamatan.Jadikan syarat setiap pengawal keselamatan memiliki sijil keselamatan yang dikeluarkan akademi berkenaan. Semua calon pengawal keselamtan perlu dilatih kaedah kawalan kyang betul serta disuntik pengetahuan berkaitan peraturan dan undang-undang keselamatan.Umpamanya cara meronta yang sistematik,sistem bertindak atau cara betul menangani penjenyah. Bayaran kepada perkhidmatan mereka juga perlu ditingkatkan.Kerajaan cuma menetapkan gaji minimum kepada pengawal keselamatan,tetapi bagaimana pula bayaran dari pihak yang melanggan perkhidmatan?Difahamkan bayaran untuk khidmat pengawal keselamatan ialah RM7.50 sejam.Tetapi ada syarikat sanggup terima bayaran lebih rendah sekitar RM6 atau RM5 semata-mata berlumba untuk mendapatkan projek atau tender. Bayaran serendah inilah yang merosakkan syarikat pengawal keselamatan.Bila bayaran diterima ciput sudah tentu khidmat yang diberikan juga comot. Saya setuju warga asing dilarang jadi pengawal keselamatan.Peliklah negara dan harta kita dijaga oleh orang luar.Boleh dikatan hampir semua jenayah yang membabitkan pengawal keselamatan dilakukan oleh orang luar. Masalah dihadapi oleh syarikat pengawal keselamatan pula sukar mendapatkan warga tempatan jadi jaga.Orang kita sanggup tak kerja daripada menjadi jaga.Ini disebabkan kerja jaga dianggap paling rendah dan memalukan. Warga tempatan pula banyak ragam.Minta gaji tinggi tapi khidmat tak seberapa.Khidmat warga asing jauh lebih baik.Warga asing tidak ponteng kerja dan sangggup terima berapa saja gaji asalkan ada kerjaMereka sangat bangga dengan uniform,tetapi warga tempetan agak culas dan selekeh.Mereka kerap MC dan ponteng tugas.Lebih-lebih lagi dimusim perayaan atau mendapat gaji. Sebab itu syarikat lebih suka guna tenaga asing sebagai jaga.Warga asing kerja penuh dedikasi,terutama warga Nepal.Tapi warga tempatan kerap menimbulkan masalah.Pernah berlaku hospital yang sepatutnya dikawal 12 orang cuma ada dua orang saja datang bertugas. Bayangkan betapa kelam-kabut syarikat berkenaan menangani masalah ini. BERSAMA-SAMALAH KITA MERENUNG SEJENAK...
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 01:36:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015