DOLLAH Salleh masih belum memutuskan sama ada akan kekal bersama - TopicsExpress



          

DOLLAH Salleh masih belum memutuskan sama ada akan kekal bersama skuad Liga Super Pahang pada musim depan biarpun membantu skuad itu menjuarai Piala Malaysia 2013 di sini malam kelmarin. Katanya, dia masih belum memikirkan hala tuju kerjayanya dengan skuad Tok Gajah itu. “Biarlah saya meraikan kejayaan ini bersama pasukan sebelum memikirkan kerjaya saya untuk musim depan,” katanya selepas skuad bimbingannya menjulang Piala Malaysia dengan mengalahkan Kelantan 1-0 pada final di Stadium Shah Alam malam kelmarin. Pahang muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga selepas 1983 dan 1992, hasil jaringan penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti pada minit ke-58. Menyentuh mengenai kemenangan itu Dollah yang pernah mendakap kejuaraan Piala Malaysia ketika beraksi bersama Pahang pada 1992, berkata ia merupakan satu kebanggaan kepadanya selaku pengendali pasukan berkenaan. “Tapi keseluruhannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain yang bekerjasama dengan bangkit semula dan memanfaatkan segala peluang yang terhidang,” katanya. SH -IWN-
Posted on: Tue, 05 Nov 2013 03:40:44 +0000

Trending Topics



/b>
الاهرام ويكلي -في صفحة الرأي وعلي
Crop Over in 5 - May 8, 2014 Winner Congratulations Rakina
Everything that has an advantage surely has a disadvantage. ASUU
Sai Baba of Shirdi - इस्लामिक फ़क़ीर
content: intersections of disability and class privilege,
How not to design a girl At one time, I thought myself quite

Recently Viewed Topics




© 2015