Dalam Al-Quran, terdapat 49 surah yang meliputi 216 ayat - TopicsExpress



          

Dalam Al-Quran, terdapat 49 surah yang meliputi 216 ayat dinyatakan tentang iblis, jin dan ifrit sememangnya wujud malah kewujudan mereka lebih ramai dari manusia.Dalam setiap surah, terdapat 2,696 ayat menceritakan tentang jin.Istilah hantu, hantu raya, langsuir, pontianak, jembalang dan sebagainya adalah istilah atau panggilan yang diberikan oleh manusia untuk menggambarkan makhluk halus dari jenis jin kafir. Iblis adalah induk kepada jin dan syaitan. Iblis mempunyai lima anak yang terdiri daripada Thabr, Al-Awar, Maswath, Dasim dan Zalnabur. Merekalah punca segala sengketa sesama manusia, bercakap mengarut dan mencarut, mengeji dan mencela, berdusta, mengumpat, mengutuk dan menghina, pembawa penyakit seperti kanser, penyakit menyerang bayi, mandul, keguguran, gila, wujudnya makhluk aneh dalam perut, penyakit kulit dan taun, perbuatan membuang bayi, pergaulan bebas sehingga berlakunya persetubuhan haram, gangguan saka, histeria, perbuatan santau dan sihir, khianat dan sifat-sifat terkutuk serta keji adalah disebabkan pengaruh dan hasutan makhluk berdarjat rendah itu. Berlindunglah dengan Allah S.W.T.Jin dan syaitan boleh berubah bentuk sama ada bentuk manusia ataupun haiwan peliharaan mahupun haiwan ganas. Jin yang ingin menjelma manusia memerlukan tenaga yang kuat dan ilmu yang mantap. Kepantasan jin berlari tidak sampai satu saat. Keadaan ini menyukarkannya untuk berhenti serta merta. Jin yang dapat berhenti serta merta akan dapat bertukar dari rupanya kepada rupa manusia, menandakan jin berkenaan mempunyai tenaga dan ilmu yang mantap.Makanan makhluk halus seperti jin terdiri dari tulang, batu, buah, telur dan darah kotor (haid, nifas) yang dibuang merata-rata. Selain itu, rokok dan perokok juga disukai jin dan syaitan kerana merokok adalah membazirkan wang. Perbuatan membazir memang disukai syaitan.Golongan makhluk halus yang mempunyai keluarga tinggal di bukit, gunung, gua dan sebagainya. Manakala golongan warga emas yang tidak berkeluarga suka mengasingkan diri dengan menjadikan pokok-pokok kayu sebagai kediaman dan penempatan. Makhluk ini tinggal di dalam pokok-pokok kayu kerana tidak ingin diganggu. -Ramen Masin-
Posted on: Wed, 04 Dec 2013 04:59:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015