Dalam radio IKIM.fm petang kelmarin , Prof. Nik Safiah Karim - TopicsExpress



          

Dalam radio IKIM.fm petang kelmarin , Prof. Nik Safiah Karim membincangkan mengenai tajuk wanita dan cabaran masa kini. Isu yang ditimbulkan adalah mengenai cabaran menjadi isteri bekerja. Beliau menimbulkan mengenai bagaimana isteri bekerja perlu menyelesaikan segala tanggungjawab rumah tangga selepas pulang dari kerja. Sedangkan lazimnya, lelaki pulang dari kerja berehat sahaja (sehingga air teh pun isteri kena sediakan… memetik kata-kata beliau). Hari ini aku dikejutkan pula dengan luahan hati seorang isteri yang mengadu perihal kepenatannya yang terpaksa menyelesaikan semua kerja rumah setelah pulang dari kerja. Sedangkan suaminya melihat sahaja tanpa ada keinginan untuk bertanya apa yang perlu dibantu. Menurut wanita itu, begitulah keadaan suaminya sejak berkahwin sehingga kini. Baru-baru ini, dia yang sarat mengandung dimasukkan ke wad kerana air ketuban kurang dari 10 ml. Kepenatan bekerja seharian di pejabat di bulan Ramadhan dan pulang membuat semua kerja rumah yang ada telah memberi kesan kepada janin. Janin berhenti bergerak dan air ketuban kekeringan. Hampir-hampir sahaja dia bersalin lebih awal dari jangkaan asal. Namun, Alhamdulillah, air ketuban bertambah sedikit demi sedikit selepas bulan Ramadhan. Aku mencadangkan agar wanita itu membincangkan dengan suaminya mengenai tugas yang terlalu banyak itu. Namun katanya, suaminya sering membandingkan dirinya dengan ibunya yang mampu selesaikan semua kerja. Hatta pernah satu ketika, dia mahu membeli mesin basuh pun, suaminya tidak setuju kerana ibunya mampu membasuh pakaian menggunakan tangan. Dia seakan-akan terlupa yang ibunya tidak bekerja. Aku memberitahu wanita itu tentang tugas rumah tangga sebenarnya adalah tanggungjawab suami dan isteri tidak boleh dipaksa untuk melakukannya. Namun, menurut wanita itu, setiap kali dibuka saluran TV yang menyiarkan tentang tanggungjawab suami, suaminya memetik punat saluran lain! Tujuan aku bukanlah untuk membuka aib sesiapa, namun inilah hakikat yang perlu dihadapi oleh wanita bekerja kini. Aku setuju dengan Prof Nik Safiah dalam hal ini. Ini adalah isu. Masyarakat masih belum dapat terima kenyataan mengenai perubahan dunia wanita masa kini. Wanita memegang dua kali ganda tugas apabila mereka bekerja. Sedang tujuan mereka bekerja adalah untuk meringankan tanggungjawab suami. Wanita yang sememangnya lemah terpaksa menanggung tanggungjawab yang lebih dari lelaki. Malah jika berlaku kerosakan akhlak di kalangan anak-anak, kesalahan itu diletakkan kepada ibu yang tidak berupaya mendidik generasi muda kini…memetik kata-kata Prof Nik Safiah Karim). Ibu-ibu mertua tidak suka melihat anak lelaki mereka membuat kerja rumah. Bagi mereka, setelah beristeri, masalah makan pakai anak mereka ada yang tolong jagakan. Saya memetik kata-kata seorang wanita di sini yang mengeluarkan kenyataan begini : “Kak ingatkan selepas kahwin senanglah hidup dia. Tak payahlah cuci kain sendiri. Rupa-rupanya selama ini dia yang cuci, sidai dan angkat kain”. Aku bertanya, adakah menantunya bekerja? Dia mengiyakannya. Aku terdiam mendengar celotahnya, namun, itulah hakikat yang perlu aku terima. Namun, Alhamdulillah. Kini, semakin ramai lelaki yang prihatin mengenai tugas dang tanggung jawab rumah tangga ini dan banyak membantu isteri (sepatutnya, istilah yang lebih baik ialah ‘menyedari tanggungjawab rumahtangga yang sepatutnya diurus oleh mereka). Seperti juga suamiku yang menanggung separuh dari tugas rumahtangga termasuklah mendidik anak, mencuci pakaian, membantuku memasak dan menjahit. Aku harap lebih ramai suami yang prihatin dan mula menjalankan sunnah Rasulullah SAW dan keadilan mula menyinari rumahtangga Muslim. In Shaa Allah, dalam setiap pengamalan sunnah, pasti ada kejayaan.
Posted on: Thu, 29 Aug 2013 07:17:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015