Dari ABS Tentang pelanggan kaya.... NOTA: Dalam sesi minum kopi - TopicsExpress



          

Dari ABS Tentang pelanggan kaya.... NOTA: Dalam sesi minum kopi ABS dengan VIP Tuan Baharuddin Mohamed yang lalu, beliau menekankan pentingnya kita belajar menjual kepada orang yang berduit @ orang kaya. ----- Jangan kita menjual produk kepada pelanggan kaya. Juallah life-style kepada mereka. . Menjual kepada orang kaya adalah lebih sukar kerana mereka adalah individu-individu yang mampu membiayai citarasa mereka. Orang tidak berduit membeli keperluan. Orang kaya membeli life-style. . Apabila kita berniaga dengan pelanggan kaya, mereka bukan hanya membeli produk kita. Produk yang kita jual dapat dibeli oleh mereka dari penjual-penjual lain. Mereka mahu membeli life-style. Layanan premium yang kita berikan kepada mereka adalah sebahagian daripada gaya hidup yang mereka mampu beli. .
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 22:39:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015