Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyayang. Entry - TopicsExpress



          

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyayang. Entry kali nie dibuat berdasarkan soalan2 yang selalu diaju di banyak akaun2 facebook. membuka mata saya ramai rupanya yang berniat nak berhijrah tetapi banyak terhalang oleh banyak faktor. Semoga Allah terus memberi kekuatan hati kepada kalian sahabat2 mahabbah fillah. Entry kali ini bukan nak bererti sayalah tokoh hijrah or saya dah kompom bersuluh pendafluor saya ne dh mmg terhijrah. bukan. saya congak kembali pengalaman kawan2 saya *ayat skema* untuk bersama kita amik pengajaran n baca ikut mata hati. Begitu banyak kisah yang membuka mata, begitu banyak ujian yang ditempuh. Pahit tapi manis. yang pasti, setiap orang akan melalui fasa itu. Masa2 sukar camnie, sungguh2 lah si hamba Allah yang ingin berhijrah mencari2 panduan, mencari2 kekuatan hati, mencari semangat yang hampir tumpul diasak pendapat negatif sekeliling setiap hari. 1) hati mau kuat, azam mahu sentiasa semangat! Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti mau semangat. macamana tuh? harus sedar diri betul2 nak berhijrah.tanam di hati. aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila nak macamni? Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati. kalo dari hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam (tahi ayam pun x hangat mcm tu. hihi) rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari kat air bertakung kat gayung. kenapa..? Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. kenapa..? hati kita Dia yang cipta kan..? :) Allah suka hati2 yang kembali kepadaNya. 2)Doa senjata mukmin. Yang ne memang takboleh tinggal. Pantang 7 keturunan mak jemah. Doa itu SENJATA. masa sedih kita doa minta kekuatan, masa happy kita doa jd hamba bersyukur. Allah kan dah firman... Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina.(Al-Mumin ayat 60). Doa buat hati jadi kuat. ibarat Diari kita nak luah dekat Allah. 3)Sahabat yang soleh Kenapa..? bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua desekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. sahabat cermin kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak sahabat kita. Tidak perlulah sahabat sebaik or setabah wonderpet mahupun yg hebat berpoket besaq macam doremon. ckuplah dia mnunjukkan akhlak yg baik dan mebimbing kita kejalan Allah.Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba2 nya yang soleh untuk menemani kita dalam penghijrahan itu. mungkin ada juga kalangan kita yg tiada mampu bertemu sahabat soleh, jangan sedih sahabat. Allah itu kan sahabatmu?? :) 4)Tidak berkira2 atas setiap ajakan ke majlis ilmu. 5) Cari suasana tarbiyah dalam apa jua cara! 6) Banyakkan bacaan2 ilmiah 7) Tidak bertangguh 10) ISTIQAMAH Istiqamah itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur. Dah tidak lagu didalam suasana beragama, dh tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa. Sebab tu pentingnya mncari suasana. Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama,Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan suasana yg ada. Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apaguna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada ssuatu yg diusahakan untuk mndapat syurga itu.Bak kata org, mana ada benda free dtg bergolek bro :) setakat nie, nie jelah yang saya boleh kongsikan, Ilmu pinjam dari Allah, Khilaf datang dr diri saya sendiri. anda, anda, anda yang tengah berhijrah yang tengah mmbaca post ini. Anda hamba Allah yg sangat kuat. Allah sedang mengintai anda merintih, mengintai anda dlm keadaan anda pedih.. Rintihan dan pengaduan yang Tuhanmu rindu2 kan itu.saya sendiri cemburu dengan org2 yg tengah berhijrah. Manisnya terlalu manis. semoga Allah menguatkan hati anda, moga post ini sedikit sbanyak dpt mmberi kkuatan hati. Uhibbuki Fillah. Wassalam
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 15:57:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015