Di MELAKA PENEMUAN AUDIT Pengauditan yang dijalankan pada bulan - TopicsExpress



          

Di MELAKA PENEMUAN AUDIT Pengauditan yang dijalankan pada bulan September hingga N ovember 2012 mendapati, pengurusan kewangan IMB kurang memuaskan. IMB mengalami kerugian bersi h sebelum cukai bagi tahun 2009 dan 2011 masing-masing berjumlah RM0.07 juta dan RM0.33 juta manakala pada tahun 2010 mencatat keuntungan bersih bernila i RM0.10 juta. Pengurusan aktiviti IMB dibiayai sepenuhnya oleh Kera jaan Negeri kerana IMB merupakan entiti yang tidak berasaskan keuntungan tetapi berteraskan perkhidmatan deng an membantu pelabur mendapatkan maklumat serta nasihat berkaitan pelaburan di Melaka . Secara keseluruhannya pengurusan IMB adalah kurang memuaskan kerana terdapa t beberapa kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat syarikat seperti berikut: Sasaran pelaburan tidak tercapai. Misi pelaburan kurang menarik pelabur. Lawatan kerja ke luar negara melebihi objektif kualiti. Pengurusan bahan promosi kurang teratur. Tiada perjanjian sewa beli komputer ONCC dan tunggakan se wa beli masih belum dijelaskan. Laman sesawang kurang informatif. Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan belum ditubuhkan. Terimaan tanpa resit rasmi dan tiada dalam penyata bank. Penyata Perbelanjaan Sebenar bagi pendahuluan tunai tid ak disediakan
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 01:29:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015