Di mana kedudukan puasa kita? Imam al-Ghazali dalam kitabnya - TopicsExpress



          

Di mana kedudukan puasa kita? Imam al-Ghazali dalam kitabnya berjudul ‘lhya Ulurniddin’ menyebut:3 “Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus. Puasa al-umum ialah me-nahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa al-khusus pula ialah mena- han pendengaran, penglihata, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keingi- nan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lan- taran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentin- gannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-zulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir daripada sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, ash-Shiddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, ash-Shiddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.” Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyem- purnakan enam perkara iaitu:4 1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah Subhanahu wa Taala. 2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, mem- perbanyakkan zikir dan membaca al-Quran. 3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti fi rman-Nya: Maksudnya: “Mereka sangat suka mendengar berita- berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” (Surah al-Maidah: 42) 4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang di- larang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa se- kiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram. 5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keinginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika dia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa. 6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan peng- hargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka. Akhir sekali, dikedudukan mana puasa kita? Puasa khusus al-khusus, puasa al-khusus atau sekadar puasa al-umum sahaja?
Posted on: Thu, 11 Jul 2013 01:45:48 +0000

Trending Topics



e="min-height:30px;">
Ate at the Iron Skillet in Carls Corner last night... Clean
Black Friday and Cyber Monday LB1 High Performance Battery for
zzDzpwbengakm7kk
You are the candle love’s the flame A fire that burns through
Quiero poder decirle. Atu mama esto cuando ella me pregunte Tú

Recently Viewed Topics




© 2015