~Diari Hatiku~ Sedalam ingatan yang menghadirkan kenangan. - TopicsExpress



          

~Diari Hatiku~ Sedalam ingatan yang menghadirkan kenangan. Terdiam aku pada kedukaan lalu. Sedalam luka yang ditorehkan, seteguh itu kekuatan cuba mempertahankan. Sehebat airmata yang jatuh tanpa batasan, sehebat itu impian terkubur menjadi debu yang berterbangan. Kepercayaan dan harapan hilang ditengah kegembiraan.Bagai tak percaya dengan kelukaan itu. Ku atur langkah kukuh menghadapi hari yang penuh pilu. Terjatuh, tersungkur rebah dalam kesedihan yang tidak terlafazkan. Tertanya bertanya mengapa impian lebur tanpa rasa simpati. Tiada jawapan yang ku temukan. Lalu aku berserah dan pasrah dengan ketentuan tuhan. Saat segalanya bagai tak memberi makna dan erti dalam sebuah perjalanan pahit yang harus ku lalui, saat itu hadir cahaya menyuluh terang dari pancaran indah sinar mata dan wajahnya yang penuh kejujuran dan kasih sayang. Entah mengapa setelah kepercayaanku pada insan hancur berkeping-keping ia lahir semula saat sinarnya menembusi laman hati. Memancar indah sebuah ketulusan hati yang sejati dapatku rasa meski aku tidak pernah berbicara dengannya. Kasih sayangnya pada insan yang disayanginya memberikan aku keyakinan bahawa masih ada insan didunia ini yang berhati cukup penyayang sepertinya. Terserlah keperibadiannya yang cukup indah saat senyuman terukir tiap kali dia bahagia mencurah kasih pada mereka. Selepas luka itu aku tidak pernah memandang sesiapa dengan rasa percaya tapi dia...dia membuka mataku bukan dengan kasih sayang untukku tapi dengan ketulusan kasih sayangnya pada insan yang dianugerahkan illahi dalam hidupnya. Maka saat itu percayalah aku bahawa Allah mahu aku percaya dan yakin bahawa disaat aku tak percaya lagi pada sesiapa saat itu Allah menyakinkan aku masih ada lagi insan yang penuh kasih sayang yang berhati suci. Aku bersyukur dengan rasa terindah ini. Akan ku pelihara rasa ini hingga hayatku berakhir kerana ia hadir dari kurniaan illahi bukannya aku mencari. Sungguh aku mengagguminya didalam diam dan rahsiaku. Hingga kini aku masih lagi seperti itu. Walau tak ku lafazkan melalui puisi-puisiku lagi namun aku masih memahat kukuh dia dihati. Moga senantiasalah kebahgiaaan menjadi milikmu. Meski bukan diriku sekalipun yang mengukir senyuman diwajahmu namun aku bahagia disaat melihat dirimu bahagia. Biarpun diwaktu ini takdir tak memihak untukku bersamamu namun aku yakin Allah menghadirkan rasa ini bukan sia-sia. Segalanya dalam perancanganNYA. Sebagai hambaNYA aku berserah hanya padaNYA. Andai terbaik untukmu maka terbaiklah untukku kerana DIA Maha Mengetahui dari apa yang kita ketahui. Namun begitu sebelum aku pergi dijemput illahi nanti ku ingin dirimu tahu bahawa kehadiranmu membawa sejuta warna indah dalam hidupku. Syukur padaMU Ya Allah atas kurniaan rasa bahagia ini dalam hidupku. Semoga kebahagiaan sentiasa mewarnai hidupnya yang sentiasa ada dalam setiap bisikan doaku untuknya selalu.... ~Cahaya Kasih~
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 19:38:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015