Dietitian with minor in plumbing and wiring skill Alhamdulillah - TopicsExpress



          

Dietitian with minor in plumbing and wiring skill Alhamdulillah sejak buat sublet ni banyak belajar perkara2 baru. Siang tadi teman tukang repair sinki tersumbat dan kipas yang rosak. Panggil satu tukang sebelum ni dengar ceritanya dia tak mampu buat. Jadi panggil la Wak Saadon. Saya lama kenal Wak Saadon ni. Dia awwalin usaha Dakwah Tabligh di Meru. Saya dulu dapat kerja guard pun kerja bawah dia la. Sambil2 teman Wak Saadon repair rumah ni, ada la jugak tolong2 dia. Tolong jolok saluran, tolong pasang kipas, dll. Bila perhatikan Wak buat kerja, rasa tak la susah mana. Kalau saya rajin berlatih insyaallah basic maintenance rumah dah boleh buat sendiri. Wak Saadon bagitau, Kerja2 maintenance ni kemahiran hidup, sepatutnya semua orang perlu tahu. Di negara2 maju,semua urusan2 ni diorang buat sendiri. Cuma di Malaysia ni orang dia tak ambil berat untuk belajar jadi semua nak panggil tukang. Perkara yang paling menarik saya belajar masa dia betulkan paip tersumbat. Tukang sebelum ni tak boleh buat sebab katanya slug/sekatan tu dah tersumbat jauh. Wak Saadon rilek je. Potong saluran bawah. Cek sumbatan. Sedut air keluar. Test guna air panas dengan sejuk. Akhir sekali, guna pressure (pakai kain tutup mulut saluran paip dan pump air guna paip laju2). Setel. Komen saya masa tu, Basic fizik ni. Wak senyum je. Cara dia buat kerja memang tak canggih. Alatan pun ala2 mike gaver je. Apa ada kat tepi sebat je. Semua boleh jadi alat pertukangan. Tepuk dahi kalau tak biasa style dia. (cara kerja macam tak logik tapi menjadi) Banyak ilmu kehidupan saya belajar ketika menjadi pelajar universiti. Dan saya lebih banyak belajar di luar berbanding di dalam universiti tu sendiri. Dengan menceburi bidang sublet, saya belajar lebih banyak lagi. Terima kasih sifu Afiq Zhafri. PS: Sem depan nak tambah rumah lagi min 3 biji. Ada ke nak JV?
Posted on: Wed, 13 Nov 2013 17:35:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015