[Disebalik cerita masuk Rancangan Nasi Lemak Kopi O ] Hari ni - TopicsExpress



          

[Disebalik cerita masuk Rancangan Nasi Lemak Kopi O ] Hari ni saya ada sedikit masa untuk menulis , dah lama rasanya tertinggal kerana sebuk sangat . Apa yang saya nak tulis ialah tentang pengalaman yang saya dan suami tempuhi sebelum kami di jemput oleh Dr Azizan untuk di temu bual dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O baru –baru ini. Sebenar saya dan keluarga dah merancang untuk pergi bercuti di Sabah bersama-sama dengan Tuan Junaudy dan Puan Anis bersama anak-anak. Perancangan ini diikuti dengan stokis-stokis lain iaitu Puan Zura dari N. Sembilan sekeluarga, En Abdul Basit bersama isteri, Monn dan Jue stokis Perak Utara. Kami menaiki flight yang telah di tempah awal lagi apabila sampai sahaja di airport untuk daftar masuk saya baru tersedar yang terlupa membawa surat beranak anak kedua mahu tak mahu terpaksa lah saya pergi dulu ke Sabah dengan 2 orang anak suami dan anak kedua terpaksa berpatah balik ke Kuantan dan datang semula esok. Dalam hati dah menangis sebab mengenangkan anak kedua yang telah menangis di tinggal kan dan saya hanya peluk dan pujuk ‘ esok datang jumpa mama di Sabah ok, mama tunggu Aiman di sana ‘. Suami saya terpaksa drive semula dari KL ke Kuantan petang tu juga dan bila sampai di rumah berpatah balik ke KL kerana saya telah booking flight baru dari KL ke Sabah seawal jam 7 pagi. Alhamdulillah kami boleh bercuti bersama semula menikmati keindahan Negeri di bawah Bayu dan orang Sabah memang best sangat. Suami saya sempat tidur 2 malam saja di Sabah apabila satu pagi tengah breakfast dapat panggilan dari Richwork untuk menjemput rancangan Nasi Lemak kopi O mula-mula tu fikir juga yaAllah bukan senang nak dapat tawaran ni. Sabah bila masa pun boleh datang terus suami pun setuju tanpa fikir lagi masa tu ada ke tak flight tiket untuk pulang . Masa tu kami semua berada di Kudasang Sabah jadi terpaksa rush balik ke KK seb nak cari flight hari tu juga . mula 2 search kat internet semua fully booked Ais Asia , Mas semua tak ada kami ni macam Amazing Race pula terkejar 2 dari satu Airport ke satu airport.Nak jadi cerita hari tersebut merupakan hari konvokasyen University Sabah. Last ada juga itu pun tinggal satu sit saja Business class .Terbang le suami saya ke KL dan akhirnya dapat juga masuk Nasi Lemak Kopi O tapi yang bestnya sapa pun tak tahu betapa gabranya suami saya ye le masuk TV beb bukan selalu masuk TV pas tu kena soal pula tu . Jadi masa belum bertolak dapat lah juga sedikit tips dari Abdul Basit dan Tuan Junaidy yang syoknya mereka pesan jangan lupa sebut ‘kepakaran saya ‘ itulah yang terjadi last minit nak habis baru teringat sebut ‘KEPAKARAN SAYA ‘rasanya Dokter pun tersenyum he he he tenguk anak muridnya yang tersasul , kes ni terjadi kerana pengacara terus tanya soalan kepada suami biasanya Dokter yang bermula dulu . Walau bagaimana pun selamat lah juga tanpa berlaku apa 2 perkara yang tidak diingini.Terima kasih Dr Azizan kerana sudi menjemput suami saya .Terimakasih juga untuk semua stokis dan Tuan Junaidy serta Puan Anis kerana terganggu sebentar percutian ini kerana terpaksa hantar suami ke Airport tapi semua team very supportive . tq semua
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 08:17:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015