Dr. Zakir Naik Antara persoalan menarik yang diutarakan oleh - TopicsExpress



          

Dr. Zakir Naik Antara persoalan menarik yang diutarakan oleh Dr. Zakir Naik sebentar tadi adalah : Kita sanggup peruntukkan ribuan hingga jutaan ringgit untuk menjadi ahli professional seperti doktor atau akauntan; tetapi berapa kita sanggup laburkan untuk menjadi pendakwah professional? Kannn? *burn* Menurut beliau, dakwah perlukan teknik, skil, ilmu dan pengalaman. Ayat Al-Quran yang selalu disebut oleh Dr. Zakir Naik tadi adalah Surah Ali-Imran, ayat ke-64 : Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 21:51:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015