Dua tokoh PAS (ADUN) yang saya kenali secara peribadi. 1) Dr - TopicsExpress



          

Dua tokoh PAS (ADUN) yang saya kenali secara peribadi. 1) Dr Khalid (ADUN Melaka) merupakan bekas jiran semasa saya membesar di Melaka. Anaknya, junior saya di sekolah menengah. Pernah tumpang keretanya balik rumah semasa cuti sekolah, sepanjang perjalanan dengar ceramah agama atau nasyid di corong radio keretanya. Moga, doktor sekeluarga dirahmati Allah swt.. Amin. 2) Cikgu Aminolhuda (ADUN Johor). Pernah menjadi naqib usrah saya semasa saya bekerja di Muar. Beliau datang dari Johor Bahru untuk mengendalikan usrah kami yang cuma 4-5 orang. Pernah berkesempatan berkunjung ke rumahnya di JB. Banyak dugaan hidup beliau sama Ada dalam bidang politik mahupun keluarga. Semoga Cikgu terus tabah meneruskan perjuangan. Doakan kami juga terus istiqamah.. Amin. bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/20170-black-505-dan-realiti-menarik-di-selatan
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 03:48:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015