Dulu, waktu mula-mula naik SRC, diinterview oleh akhbar dan media, - TopicsExpress



          

Dulu, waktu mula-mula naik SRC, diinterview oleh akhbar dan media, Datuk bisik pada kami untuk menyatakan ketidak kaitan dengan mana-mana entiti dan bertanding atas tiket individu. Demi menjaga maruah Datuk, kami ikut. Tiba-tiba lepas PRK baru ni, keluar paper, Datuk isytihar PRO-U menang. Datuk..? Masa shura kabinet tenure kami, Datuk sendiri yang cadangkan supaya libatkan former SRC supaya shura dijalankan dengan telus. Tapi kenapa kali ni, kami tak dipanggil pun. Kami siap mesej offer diri. Tapi Datuk tak layan. Yang jadi oberservernye, kroni-kroni Datuk jugak. Mana aci.. Depan kami, Datuk bermanis muka. Datuk cerita yang Datuk bela kami depan PM, menteri-menteri dan Rektor. Belakang kami, Datuk tikam kami, Datuk cerita macam-macam yang buruk tentang kami, pada students lain, dan pada admin. Datuk suka ya buat macam tu? Saya ada bukti dan saksi, Datuk.. Awal-awal menjadi SRC, Datuk dah sebut tentang next election. Kami cool. Dan sepanjang menjadi SRC, kami sabar dengan Datuk. Kami tak dedahkan pada students Datuk ni bagaimana orangnya. Sebab di depan kami, Datuk baik. Datuk banyak tolong kami. Even Datuk kata kami wasatiyyah, tapi belakang kami, Datuk cakap lain kan? Sudah lah berhadapan dengan Datuk & the geng, dalam program-program kementerian pun kami disebut-sebut dan disindir dengan baik punya. Dianaktirikan, disisihkan, hanya kerana bukan ahli yang mereka inginkan. Bila ditanya, Mana dua kampus yang kalah tu? Angkat tangan sikit MPP UIA & UKM! Kami dengan bangganya angkat tangan laju-laju, sebab, aiman tak kisah.. Kami bekerja sebagai SRC demi menjaga kebajikan pelajar dengan sehabis daya dan sebaik usaha yang kami ada. Tidak terfikir untuk punya apa-apa kepentingan sedikit pun. Segalanya untuk warga UIAM. Apa yang Datuk tak puas hati lagi dengan kami?
Posted on: Mon, 04 Nov 2013 16:56:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015