Edisi Novel] "SAYA SEBENARNYA ISTERI DIA" Cetus FENOMENA... Hari - TopicsExpress



          

Edisi Novel] "SAYA SEBENARNYA ISTERI DIA" Cetus FENOMENA... Hari Ini ADMIN Ingin Mengulas Mengenai Novel Ini. Siapa Sangka, Novel Setebal 897 Mukasurat Yang Diterbitkan Pada Tahun 2012 Ini Yang Sebelum Ini Dipandang Sepi Oleh Penggemar Novel Tanahair Hari Ini Mencetus Fenomena Gara-Gara Slot Zehra TV3 Jam 0900 Malam Setiap Jumaat Yang Mengangkat Novel Ini Ke Layar Televisyen Melalui Drama Yang "Memukau" Sesiapa Sahaja Yang Menontonnya. Dikhabarkan Drama Ini Mendapat Rating Tertinggi Penonton Setiap Jumaat. Lakonan Berkesan Yang "Bersahaja" Oleh 2 Teraju Utama Pelakon Ini (Tiz Zaqyah & Izzue Islam) Disamping Dibantu Oleh Wilma Muhammad, Azlee Khairi & Uqasha Senrose Disamping Penampilan Istimewa Wan Maimunah Cukup-Cukup "Berkesan"... Memasuki Episod Ke-9 Semalam, Drama Ini Berbaki Lagi 5 Episod Untuk Sampai Ke Kemuncaknya... (Untuk Sinopsis, Anda Boleh "Search" Di Google...) Novel ini Telahpun ADMIN Miliki Tahun Lepas. Apapun, Karya Novel Ini 100% Terbaik Berbanding Drama Yang Ditayangkan Bermula Penghujung Itu. Maklumlah Waktu Drama Yang Ditayangkan Itu Terhad Jadi Banyak Adegan Yang Ditiadakan Berbanding Adegan Penuh Dalam Novel Ini... Yang Cukup "Teruja" Tatkala Membicarakan Mengenai Novel Ini, Ianya Dicetak Kembali Atas Permintaan Ramai. Harga Asalnya RM30 Kini Menjadi RM27 Atas Diskaun Yang Diberikan. Semasa Di Sebuah Kedai Buku Tatkala ADMIN Sedang Membelek2 Novel Di Sana, Ramai Anak Muda Kebanyakkannya Wanita & Ada Juga Lelaki "Menyerbu" Ke Arah Tempat Letaknya Novel "Berhantu" Ini Gara-Gara Ingin Membelinya... Tak Pernah Lagi ADMIN Lihat Orang Berkerumun Di Kedai Buku Gara-Gara Hanya Ingin Membeli Sebuah Novel... Terukir Senyuman Tatkala Melihat Aksi Anak-Anak Muda Yang "Berebut" Sambil Membaca Sinopsis Novel Ini Disitu. Mungkin Hari Minggu Masa Untuk Mereka Mendapatkan Novel ini (Cuti Sekolah & Cuti Umum)... Tak Sangka Minat "Membaca" Golongan Muda Begitu Mendalam. Logiknya, Jika Novel Itu Sesuai Dengan Jiwa Mereka, Sudah Tentu Mereka Berminat Untuk Membacanya Apatah Lagi Ianya Di Jelmakan Ke Layar Televisyen Dimana Mereka Tidah Terdedah Mengenai Kewujudannya (Novel Ini)... Saranan ADMIN, Penggiat Seni Perfileman Selepas Ini Perlu Mengangkat Filem Yang Diadaptasi Daripada Novel Berbanding Cerita Lawak Bodoh Yang Tiada Bermanfaat Yang Sering Dibuat Oleh Mereka Mutakhir Ini. Penulisan Novel Adalah 10 Kali Lebih Baik Dari Tulisan Skrip Filem Komedi Yang Ada Melambak Di Pasaran. Ungkapannya Mempunyai Bait-Bait Penulisan Yang Indah Yang Dekat Dihati Pembaca. Sejarah Juga Telah Membuktikan Bahawa Filem Yang Diadaptasi Daripada Novel Tidak Pernah Mengecewakan Seperti Lagenda Budak Setan & Ombak Rindu.... #Gambar Ini Dirakam ADMIN Di Kedai Buku Dalam Sebuah Pasaraya Selepas Selesai Melihat Remaja Yang Mengerumuninya Sebentar Tadi... ::.kikiki.::
Posted on: Sun, 09 Jun 2013 14:31:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015