Episod 12 (Tentang Kita 2) Arri datang ke pejabat macam biasa. - TopicsExpress



          

Episod 12 (Tentang Kita 2) Arri datang ke pejabat macam biasa. Segala kerja yang di tinggalkan di letakkan di atas meja. Sambung semula untuk di uruskan. Banyak sebenarnya report yang perlu di semak. Ada ketukan pintu... Arri : “Masuk” Hakimi masuk dalam bilik Arri. Arri melopong sekejap, tapi segera buat-buat tengok laptop. Nak cover gelabah. Hakimi : “Kau dah ok ke?” Arri pandang ke arah Hakimi. Tak paham. Arri : “Maksud kau?” Hakimi : “Yelah, jumaat lepas kan kau tak sihat. Kau dah ok ke?” Arri : “Oh... dah! Alhamdulillah. Awak macam mana? Dah buat check up dengan Doktor Kamal?” Hakimi : “Sekejap lagi. Aku minta Danny temankan aku” Ok. Memang cukup buat Arri tersentap dengan nama pukimak tu. Arri : “Ada apa-apa lagi ke?” Hakimi : “Nope. Just nak tanya pasal kau je...” Arri hanya teruskan menaip di laptop. Tak tahu nak cakap apa. Yang pasti, dia sendiri mahu Hakimi keluar dari bilik dia. Hakimi : “Kau dah tahu kan aku dengan Danny dah bersama?” Arri hanya mengangguk. Matanya masih lagi menatap screen laptop. Soalan seperti mampu membuat dia menangis bila-bila masa sahaja. Tapi dia cuba mengawal emosi. Hakimi : “Kau bahagia ke dengan Hairudean?” Arri : “Soalan apa tu?” Hakimi : “Danny ada cerita kat aku yang dia ada jumpa kau dengan Hairudean kat City Square. Korang nampak happy” Arri : “Lagi? Apa je yang dia bercerita pasal saya?” Hakimi : “Kau tak rindu masa kita dulu...?” Arri : “Adakah soalan itu boleh mengubah pendirian awak Hakimi?” Kali ni Hakimi pula diam. Soalan yang diajukan, dan soalan juga sebagai jawapan. Arri : “Saya anggap yang awak sendiri dah buat keputusan untuk diri awak sendiri. Lagi satu, jangan kerana ada cerita yang mengatakan saya dengan Hairudean bersama, awak buat satu keputusan yang melulu. Padahal hakikat nya, pernah ke awak tanya diri awak? Awak ada tanya saya pulak tak? Tak Hakimi. Saya tak anggap awak salah kan takdir, atau apa yang berlaku pada diri awak tu sebagai dugaan. Cuma saya anggap awak dah pilih jalan tu untuk hidup awak. Saya tak nak cakap banyak. Sebab saya tahu yang saya tetap akan kecewa pada sesuatu yang mustahil. Saya ada banyak kerja. Kalau tak nak keluar saya boleh keluar” Hakimi tunduk. Dia mula berdiri untuk keluar dari pejabat Arri. Dan berhenti di pintu... Hakimi : “Kau tak kan rasa apa yang aku rasa sekarang. Kecewa. Sedih. Marah. Semua tu dalam satu emosi. Aku yakin, dulu aku terlalu cintakan orang yang bernama Aidil Arriansyah. Dan memori tu hilang. Ia tetap hilang walaupun orang tu masih ada di depan aku” Hakimi menutup pintu. Arri hanya memandang lemah ke arah pintu. Segala memori indahnya bersama Hakimi tiba-tiba menerpa di mindanya. Dan serta-merta air matanya jatuh. Ya, dia terlalu lemah waktu ni. ................... Doktor Kamal : “Awak ada cuba untuk mengingat kembali segala memori awak?” Doktor Kamal sambil menulis tentang perkembangan Hakimi. Hakimi : “Saya ada cuba, tapi still tak boleh ingat doc...” Doktor Kamal berdiri, mengambil kerusi yang berdekatan dengan Hakimi dan duduk berhadapannya. Hakimi : “Memang tak ada peluang ke untuk saya ingat balik semua memori saya doc?” Doktor Kamal : “Itu saya tak boleh nak jamin. Banyak kan berdoa kepada Allah. So, saya nak tanya sikit. Awak ada rasa takut pada sesuatu?” Hakimi : “Maksud doktor?” Doktor Kamal : “Yalah, mungkin awak takut untuk memandu. Atau mungkin awak takut pada kelajuan? Ataupun cahaya kereta?” Hakimi : “Ish... macam drama je tu?” Doktor Kamal : “Saya serious ni. Haha. Sebab jika awak masih dalam trauma dengan benda-benda tu, ia akan jadi penghalang untuk awak ingat semula segala memori awak” Hakimi : “Saya tak rasa saya takut semua tu...” Doktor Kamal : “Then? Try to think, apa yang awak rasa yang awak takut sekarang?” Hakimi diam seketika. Ya, dia ada jawapan untuk itu. Hakimi : “Kehilangan... saya takut kehilangan. Bila saya sedar. Saya rasa kosong. Saya lupa rasa sakit bila saya excident, saya lupa yang saya sebenarnya pernah kemalangan bersama papa dan isteri saya. Saya tak rasa bagaimana menjadi seorang suami. Saya bangun, saya kehilangan semua orang...” Hakimi menahan sebak. Dia tak mahu menggugurkan air matanya di hadapan orang lain. Walaupun memang selama ni dia sering menangis selepas sembahyang. Terlalu banyak dugaan yang perlu dia lalui. Perit untuk menelan. Doktor Kamal : “Arri ada cerita kisah kamu berdua. Lagipun memang saya dah kenal awak. Awak dan dia. Dulu awak pun pernah kemalangan juga. Patah kaki. Dan saluran darah di kaki awak juga putus, awak kehilangan banyak darah. Arri yang dermakan darah untuk awak ketika itu. Sebab pada waktu tu hanya dia sahaja yang bersesuaian dengan darah awak” Hakimi : “Betul ke ni doktor??” Hakimi terkejut dengan apa yang di dengarnya. Doktor Kamal : “Ya, lebih kurang 4 tahun lebih perkara tu berlaku. Saya sebenarnya tak dibenarkan untuk bercerita hal peribadi kamu berdua. Walaupun saya serba serbi tahu tentang kamu berdua. Tapi, Arri boleh bantu awak” Hakimi : “Dia tak bantu saya pun” Doktor Kamal : “Mungkin pada awak dia tak bantu. Pada dia? Apa pun, semalam Arri ada datang jumpa saya, sebenarnya dia selalu datang untuk tahu perkembangan awak” Hakimi terdiam. Satu demi satu dia tahu sesuatu yang luar dari jangkaan dia. Tak pernah juga dia menyangka yang Arri banyak berkorban untuk dia sampai begitu sekali. Namun, Hakimi tetap Hakimi. Ego. Danny : “Dah siap ke?” Hakimi : “Dah...” Hakimi dan Danny melangkah keluar dari Hospital Pakar Puteri. Ramai orang pada saat ini. Hakimi : “Jom kita tengok wayang nak?” Danny : “Kerja macam mana? Tak masuk office?” Hakimi : “Bosan lah... I nak hilangkan stress pun tak boleh ke?” Danny : “Ok-ok. I follow je. Tapi U belanja ok?” Hakimi tak menjawab soalan itu. Memang selama ni kalau keluar dengan Danny, satu sen pun Danny tak perlu keluarkan duit. Ada juga jenis macam ni kan? Memang ada lah... .................... Mikhail masuk ke bilik Arri dengan kasar. Menghempas pintu dengan sekuat hati. Sungguh geram dengan Arri yang entah kenapa dia amat benci dengan musuhnya tu. Atau sebenarnya dia cemburu dengan insan yang bernama Arri, yang sentiasa membuat muka tenang. Kenapa dengan wajah tenang tu? Ya, mampu membuat semua orang tertarik, dan yang paling dia marah, harta yang sepatutnya bapa dia dapat, diwariskan kepada Arri yang langsung tiada kaitan dengan arwah pakciknya. Mikhail : “Kau memang nak cari pasal dengan aku ke apa?” Arri : “Kau boleh beradab sikit tak, masuk bilik aku main sergah...” Mikhail : “Eh, aku peduli apa! Ni sekarang. Kenapa usul aku kau tolak? Kau sengaja nak sabotaj aku kan depan Dato’ Fendi?” Arri : “Mikhail, dengar sini... bapak kau hanya ada saham 20% dalam syarikat ni. Dan kuasa besar adalah milik Hakimi. Siapa kau nak pertikai keputusan CEO dalam syarikat ni? Well, hello! Yang ada saham syarikat pun bapak kau. Bukan kau. Kau jangan pikir kau boleh buat kepala dekat syarikat yang bukan milik kau. Lagipun, kau cuba baca balik report kau. Kenapa? Kau nak senang untung, kau boleh tipu Dato’ Fendi? Come on. Aku tak akan biarkan kau buruk kan nama Syarikat Julung Sedia ni. Kau paham? Better kau berambus” Mikhail : “Hoi GAY. Eh, kau sedar diri kau sebelum nak bercakap dengan aku. Kau dapat 20% saham syarikat ni pun sebab ihsan daripada pakcik aku. Oleh sebab kau lelaki simpanan Hakimi. Jijik doe aku dengan kau ni!” Arri menahan kesabaran. Kalau nak di ikutkan hati, mahu je dia buka silat. Baru tahu si Mikhail ni, langit tu tinggi ke rendah. Arri : “So, ada apa-apa lagi yang kau nak cakap? Kalau tak kau boleh lah keluar. Atau nak ke aku bagi report kau tu pada Hakimi? Cukup bagus aku tak terus hantar pada Hakimi. Kalau tak, kau dengan bapak kau ranap, hancur, lunyai dalam syarikat ni” Mikhail : “Kurang ajar..” Mikhail cuba untuk menumbuk muka Arri. Namun, Arri lebih tangkas. Ilmunya dalam seni silat masih lagi kukuh dalam nadinya. Terus menepis tangan Mikhail sekuat hati. Ya, cukup untuk membuat tangan Mikhail rasa bisanya. Mikhail : “Kau tunggu Arri...” Mikhail segera keluar dari bilik Arri. Again, menghempas pintu bilik Arri. Nak roboh pintu tu. Eleh, lembik la tu. Baru kena tepis da lari. Puiii... Hairudean : “Hei U, ok tak?” Hairudean mengintai dari luar. Hanya kepala dia je nampak dari balik pintu. Arri : “Ok je. Mamat tu boleh tahan sutun nya” Hairudean mula melangkah masuk. Hairudean : “I ingat U dah patah-patah kan je mamat tu tadi. Dengar sampai luar kot korang bergaduh. Dah macam wrestling dengar tadi..” Teringat Hairudean, bagaimana Arri membelasah lawannya dulu di UiTM dalam pertandingan akhir silat di kampus tersebut. Dah macam betul-betul nazak orang tu dikerjakan. Arri merupakan salah seorang yang cukup hebat dalam bersilat. Walaupun dulu Hairudean tak lah kenal dia secara rapat. Maklum lah, Hairudean merupaka MPP bagi fakulti perakaunan. Dulu, ada juga sifat bangga diri. Kerek sikit lah. Tapi, ada dengar juga nama Arri di sebut-sebut oleh rakan-rakan dia waktu di kampus. Tentang Arri digilai oleh beberapa perempuan pun ada. Waktu tu, Hairudean sendiri tak tahu yang Arri tu merupakan PLU juga. Sampai lah Jimmy, kawan kepada Arri dan juga orang yang tergila-gilakannya pernah bercakap pasal Arri. Dari situ baru Hairudean perhatikan Arri. Walaupun dia senior Arri, tapi selalu juga dia nampak Arri makan sorang-sorang di cafe kampus tu. Cute! Arri : “Jom lunch sama nak? I lapar lah...” Hairudean : “Jom...” Lepas sahaja makan di Plaza Seni berhampiran City Square, Arri dan Hairudean cuci-cuci mata kejap di City Square. Itu je lah rutin mereka berdua time lunch. Sedang berjalan, tiba-tiba Hairudean terasa loya dan nak muntah. Segera berlari ke toilet. Tak sempat nak bayar. Main terus je masuk. Sebab dah tak tahan. Akhirnya, melepaskan juga hajatnya di sinki. Namun, apa yang dilihatnya cukup mengejutkan dirinya. Muntah dia ada sedikit bercampur darah. Kepalanya serta-merta sakit. Seperti mencucuk-cucuk. Dia memejamkan mata untuk seketika. Sakit yang teramat. Arri : “U ok tak ni?” Hairudean melangkah kelaur dari toilet. Melihat Arri sedang menunggunya. Hairudean hanya mengangguk sebagai jawapan. Arri : “No. U tak nampak pun macam ok. U patut buat check up Dean. I risau pulak macam ni” Hairudean : “Esok teman I pergi hospital boleh?” Arri terdiam. Risau terhadap sahabatnya itu. Dia mengangguk, sebagai jawapan. Arri : “Esok U ambil cuti. Kita pergi sama ok” Keesokan paginya, Arri awal-awal lagi dah jemput Hairudean di rumahnya. At least, kalau pergi awal, dia boleh balik awal ke pejabat. Lama juga menunggu Hairudean buat check up. Pada Arri, sebagai sahabat, ada baik juga untuk dia temankan Hairudean. Selama mana dia bberkawan dengan Hairudean, tak ada pula Hairudean ambil kesempatan terhadapnya. Arri tahu yang Hairudean suka pada dia. Tapi, bagusnya Hairudean ni. Dia relakan perasaan itu. Malah, Hairudean sendiri adakalany memberi semangat untuk dia. Susah nak cari sahabat yang baik ni. Ada tu memang ada, tapi dari kalangan PLU. Jarang lah... Arri : “Dah setel?” Hairudean : “Dah, keputusannya dalam 2 hari lagi. So, kena datang 2 hari lagi lah” Arri : “Kalau macam tu. Ok lah. I harap U tak ada apa-apa. Rehat ok hari ni. Nak makan dulu ke before I hantar U balik?” Hairudean : “Tak apa lah. I rasa nak rehat je kat rumah. Ni pun dah cukup susah kan U” Arri : “I kan kawan U. So, I tolong U ikhlas ok. Jom” Hairudean hanya senyum. Ya, hatinya betul-betul sepenuhnya mencintai Arri. Entah kenapa tiba-tiba hatinya ingin Arri sentiasa mendampinginya. Arri cukup sempurna pada dia. Cukup untuk membantunya juga dari hidup dipenuhi dengan dosa. Sayang, cinta Arri terlalu hebat untuk Hakimi. Tapi adakah patut dia merebut peluang untuk mendapat cinta dari insan semulia Arri? Ya, dia patut merebut peluang itu. Perhaps. BERSAMBUNG by : Boy Rie
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 14:07:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015