FAKTA SEJARAH-Sungai Kelantan Pertemuan dan Alirannya Pada - TopicsExpress



          

FAKTA SEJARAH-Sungai Kelantan Pertemuan dan Alirannya Pada tahun 1875 satu ekspedisi telah dijalankan oleh M. de. Mclay yang dinamakan From Ulu Pahang to Ulu Kelantan. Pengembaraan bermula melalui jalan Kuala Sungai Pahang ke Sungai Tembeling dan ia memakan masa selama 70 jam. Dalam ekspedisi ini mereka terpaksa melalui jeram dan mereka menghadapi 6 jeram sepanjang perjalan mereka itu. 22 jam masa dihabiskan untuk mengharungi Sungai Tembeling hinggalah mereka tiba di Kuala Sat. Di Kuala Sat mereka menemui jalan sungai untuk ke Terengganu. Dari Sungai Sat yang mengalir keutara itu ekspedisi akan sampai ke Kelantan. Dari Kuala Sat juga mereka belayar menuju ke Kampung Chiangut. Disini mereka berjalan kaki selama 8 jam ke Kuala Limau yang termasuk dalam Sistem Sungai Kelantan. Perjalanan mereka ini diarah ke utara hingga ke Bukit Batu Atap. Disini adalah sempadan antara Kelantan - Pahang dan untuk ke Kelantan melalui sungai, ekspedisi ini harus mendaki bukit itu yang setinggi 400 kaki untuk ke Sungai Limau. Melalui Sungai Limau dengan rakit bulu selama 5 jam dan mereka tiba di Sungai Trepal yang juga kuala Sungai Badokan. Setelah itu mereka melalui sungai Badokan, Ko, dan Reton hinggalah mereka sampai di Sungai Lebir. Di Kuala Reton antara Sungai Lebir dan Sungai Aring, terdapat penempatan Orang Sakai. Dari Sungai Lebir ini, arus mengalir ke Kuala Siku yang mana sungainya lebih lebar berbanding Sungai Lebir.... jika menyusur Kuala Siku, kita boleh ke Selangor... Arus dari Sungai Lebir dan Siku ini telah membentuk Sungai Kelantan dan belayar tanpa henti selama 9 jam dari Sungai Siku ekspedisi telah tiba di Kota Bharu dan sejam dari Kota Bharu ia tiba di Kuala Sungai Kelantan. CATATAN APM: Ekspedisi ini dilakukan menerusi ekplorasi kawasan pedalaman melalui jalan sungai. Paling penting disini, dahulu sungai di kawasan pedalaman Kelantan boleh dilalui dan menjadi jalan utama untuk ke Selangor, Pahang dan Terengganu. Kini, jalan sungai bukan lagi pilihan untuk kita ke negeri-negeri yang disebutkan. Ia menjadi penting kepada yang mencari. Cc:/Kelab Pencinta Sejarah Kelantan. -diari pok dogol-
Posted on: Wed, 30 Oct 2013 05:50:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015