GOMEL, Belarus - Perancis berada dalam landasan terbaik memburu - TopicsExpress



          

GOMEL, Belarus - Perancis berada dalam landasan terbaik memburu slot automatik Piala Dunia 2014 selepas menundukkan Belarus 4-2 pada aksi kelayakan Kumpulan I awal pagi semalam. Bintang Les Bleus, Franck Ribery menjaringkan dua gol manakala Samir Nasri dan Paul Pogba melengkapkan kemenangan bergaya Perancis apabila masing-masing menambah satu gol buat skuad kendalian Didier Deschamps itu. Dua gol Belarus pula dihasilkan oleh Filipenko dan Timofei Kalachev. Perancis kini berkongsi mata dengan pendahulu kumpulan, Sepanyol yang mengutip 14 mata. Namun, skuad La Roja itu yang bakal menentang Belarus (11 Oktober) dan Georgia (15 Oktober) dilihat memiliki kelebihan memandangkan mereka memiliki baki satu perlawanan berbanding Les Blues selain perbezaan jaringan. Perancis bakal menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia menentang Finland di laman sendiri.
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 10:37:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015