GRED A TERAS GEMUNGGAL ASLI ANUGERAH ILAHI. Kelebihan Teras - TopicsExpress



          

GRED A TERAS GEMUNGGAL ASLI ANUGERAH ILAHI. Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata(dalam keadaan tertentu) kebal asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri. Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat. Teras Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan) Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya. berbagai-bagai keistimewaan tersendiri. Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum. Sakit gigi:- terasnya direndam dalam air 3minit dan airnya dikemam dalam mulut 1minit dan diminum,terasnya letak di pipi pada bahagian yang sakit. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada puting payu dara ibu Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum. Digigit ular, lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit. Atau terasnya dicelup dalam air dan di letakkan pada bahagian yang kena gigit. Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan ketajaman gerak hati (Indera Ke-enam), kewibawaan dll. Teras Gemunggal - Khasiat yang diberikan ALLAH swt Mengikut kitab Tajul Muluk, teras gemunggal mempunyai 1000 jenis khasiat yang telah direkodkan didalam kitab perubatan Islam. Ianya juga disebut sebagai Raja segala kayu perubatan diatas muka bumi ini. Dalam buku karangan Abdullah Al Qari bin Hj Salleh (2006) Ensiklopedia Herba-herba sekeliling Anda, Al Hidayah Publishers, Kuala Lumpur ada menyatakan perihal khasiat kayu ini. Antaranya: 1. Menawarkan racun/santau dalam makanan (dengan lalukan teras keatasnya {dengan izin ALLAH}) 2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir (teras dipakai dalam bentuk cincin dan bersentuh dengan kulit {dengan izin ALLAH}) 3. Menjauhkan rumah dari gangguan jin/syaitan/makhluk halus ({dengan izin ALLAH}) 4. Menjauhkan/menakutkan binatang-binatang berbisa ({dengan izin ALLAH}) 5. Bayi menangis yang bukan berpunca dari sakit biasa (letakkan dibawah bantal {dengan izin ALLAH}) Mengikut Pengalaman: Membuang saka atau perbuatan daripada saka Membuang susuk secara semulajadi Penawar bagi sakit-sakit akibat perbuatan khianat orang. Menghindar gangguan makhluk halus Menghalang perbuatan khianat orang seperti santau, sihir, pukau dsbnya. dan banyak lagi khasiat yang dinyatakan penggunaanya bermula dari akar hinggalah kepada daunnya. Dari segi sejarahnya teras ini dikatakan sebagai sumpahan dan pantang kepada ilmu hitam. Bagaimanapun tinggi khasiatnya semua itu adalah dari ALLAH swt untuk menzahirkan akan kebesaran penciptaanNYA
Posted on: Sat, 17 Aug 2013 13:05:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015