Gagal menduga riak Ada kalangan yang bersikeras memproklamirkan - TopicsExpress



          

Gagal menduga riak Ada kalangan yang bersikeras memproklamirkan bahawa Mat Sabu adalah Syiah. Malaysian Insider hari mendedahkan buat pertama kali (seingat saya) penafian Mat Sabu bahawa dia adalah seorang Syiah. Mat Sabu menjelaskan duduk perkara mengenai kekagumannya kepada Iran dan asal usul konsep kepimpinan ulama dan penubuhan Unit Amal yang berawal dari ilham di Iran. Saya kira orang yang masih menekankan kesyiahan Mat Sabu tidak mensucikan hatinya. Merasa diri cukup baik dan hanya mahu menampilkan keahlian diri dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menidakkan kelayakan orang lain, hanya berdasarkan keraguan yang beralun riak dalam hati, dia bersikeras melebelkan Mat Sabu sebagai Syiah. Anda tidak menjadi Ahli Sunnah dengan galak menentang Syiah. Bukan watak Ahli Sunnah menuduh orang sebagai Syiah hanya kerana minatnya kepada seni kepimpinan para Ayatullah dan kejayaan Revolusi Iran. Padahal, ketika seseorang meminati falsafah Socrates, Aristotal dan Pluto apakah seseorang itu dituduh sebagai penganut sembahan Zeus? Saya memang tidak suka Syiah. Tetapi mendengar galak gempita dangdut anti syiah, membuatkan saya mahu termuntah. Kalau mahu anti syiah, biar berpada-pada. Tidak perlu pasang sticker "saya benci Syiah!". Tidak perlu meratib zikir "nehe syiah". Tidak perlu syak wasangka kesyiahan orang hanya berdasarkan riak yang gagal dibaca sendiri. Air berpusar di permukaan, dikatakan berputar sampa ke dasar. Saya tidak perlu bersilat sunda kelapa untuk menjelaskan maksud saya. Saya melihat kalangan tokoh yang mendakwa Salafi paling asyik dengan perjuanga menetang Syiah. Kalangan pendokong kebangsaan Melayu tumpang sekaki kerana ada keuntungan politik. Baguslah menentang Syiah dan jelaskan kesesatan Syiah kepada masyarakat. Ia boleh disifatkan ikhlas jika di dalam lingkungan itu. Tetapi kalau sudah galak mensyiahkan orang hanya berdasarkan tafsiran samar-samar, itu sudah mencurigakan keikhlasannya. Saya curiga jika mereka yang menghamburkan miny mensyiahkan Mat Sabu ini dari kalangan keluarga pejuang Islam sendiri. Seperti dua tahun lalu, di kala hampir muktamar, isu Mat Sabu Syiah kembali berkumandang. Isu ulama profesional kembali bergenderang. Jika ada kalangan anggota gerakan yang menjadi penyimbah minyak ke atas api, celakalah dia. Apakah kegilaan jawatan sudah mewarna pemilihan kali ini? Saya berlepas diri dari pemimpin gelojoh kuasa. Saya juga berlepas diri dari ulama yang menapak maju mundur ragu takut tidak menentu. Saya tidak berwala kepada rahib dan rahban yang mengangkat diri sebagai andadan umma. Saya mencintai para Rabbani yang bijak membaca riak dan mensucikan prasangka nista noda. Yakin menapak memimpin ummat dan tidak menciptakan kegelisahan yang mendunggukan. Wallahu waliyyu taufiq walhidayah!
Posted on: Fri, 27 Sep 2013 13:03:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015