Gempar!! Noh Omar menghina Nabi Muhammad SAW? "Ahli Parlimen Umno - TopicsExpress



          

Gempar!! Noh Omar menghina Nabi Muhammad SAW? "Ahli Parlimen Umno Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar menuduh Anwar konon sebagai maksum. Khalid Samad dalam bahasnya menyifatkan kenyataan Noh itu menghina Nabi Muhammad SAW kerana gelaran itu hanya khusus kepada baginda." Fitnah Anwar: Usul rujuk Teck Meng ke J/kuasa parlimen ditolak KUALA LUMPUR 16 Julai: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul untuk merujuk Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen atas kenyataannya mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya miliki ratusan juta ringgit dalam akaun bank luar negara. Ia ekoran pengundian belah bahagi menyaksikan 60 anggota dewan menyokong berbanding 107 membantah. Sebelum itu, Pandikar meminta loceng dibunyikan bagi memberi peluang anggota yang berada di luar memasuki dewan untuk pengundian. Selepas itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bangkit dan menyatakan 60 yang menyokong itu adalah penyokong kebenaran dan disokong Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum Pandikar menangguhkan sesi Dewan Rakyat kali ini untuk suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Perbahasan usul itu menyaksikan beberapa insiden tidak menyenangkan termasuk tindakan Ahli Parlimen Umno Pendang, Othman Abdul yang menyebut perkataan ‘Bullshit’, manakala Ahli Parlimen Umno Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar menuduh Anwar konon sebagai maksum. Khalid Samad dalam bahasnya menyifatkan kenyataan Noh itu menghina Nabi Muhammad SAW kerana gelaran itu hanya khusus kepada baginda. Manakala Ahli Parlimen Batu, Tian Chua meminta Othman menarik balik kenyataan itu. Speaker bagaimanapun tidak memberi komen mengenainya. Tiada rekod menunjukan Othman menarik balik kenyataan itu. Sementara itu, Liang semasa diberi peluang mempertahankan diri mengaku mengambil sumber memfitnah Anwar itu dari laman blog. Manakala cabaran Pakatan Rakyat agar beliau mengulanginya diluar dewan tidak diendah pemimpin BN itu. ~ KD bulatdusun.blogspot/2013/07/gempaq-noh-omar-itu-menghina-nabi.html
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 23:10:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015