Global Emas dalam kemaluan Colombo: Kastam Sri Lanka kelmarin - TopicsExpress



          

Global Emas dalam kemaluan Colombo: Kastam Sri Lanka kelmarin menahan seorang wanita berusia 54 tahun dan dua lelaki berusia 38 dan 50 tahun kerana cuba menyeludup 2,267 gram emas ke India di Lapangan Terbang Bandaranaike. Akhbar The Island melaporkan 10 keping emas seberat satu kilogram setiap satu disembunyikan oleh dua suspek lelaki terbabit di kemaluan mereka, manakala emas dalam bentuk barang kemas seberat 267 gram dipakai wanita berkenaan. Jurucakap jabatan kastam berkata, ketiga-tiga suspek ialah pengunjung biasa dari Colombo ke India. Menurutnya, seramai 48 orang yang cuba menyeludup emas dari negara itu ke pelbagai negara lain sudah ditahan setakat ini. - Agensi
Posted on: Fri, 27 Sep 2013 13:13:33 +0000

Trending Topics



>
फेसबुक पर किसी की एक
WE PROVIDE Dedicated Windows Server ==> Dedicated Linux
-When I was a young PFC, I once said Thank You to an old
Estado americano abre porta para advogados estrangeiros Redator
After some plumbing issues which were taken care of thanks to Alex

Recently Viewed Topics




© 2015