HARI INI DALAM SEJARAH 7HB JULY 2013 Dari Buku-buku, - TopicsExpress



          

HARI INI DALAM SEJARAH 7HB JULY 2013 Dari Buku-buku, Nota-nota,catatan,journal, Dokumen,Laporan-laporan,Data-data,Gambar-gambar,photokopi photokopi,lukisan-lukisan dan surat surat bersejarah: 1.Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah telah berangkat menghadiri “Majlis Istiadat Bersanding” YAM Tengku Amalin A’Ishah Putri binti Sultan Ismail Petra dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan. 2.Seramai sembilan anak yatim Kampung Belimbing hari ini menerima sumbangan derma pada Majlis Doa Arwah Sekampung bagi Kampung Belimbing tahun 2013 berlangsung di masjid kampung tersebut. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Matussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba. Turut hadir, Penasihat-penasihat Majlis Perundingan Kampung Belimbing, Penghulu Mukim Kota Batu dan Ketua-ketua Kampung di bawah Mukim Kota Batu serta penduduk Kampung Belimbing. 3.Rombongan Negara Brunei Darussalam ke Kuala Lumpur bagi menyertai Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-55 bermula 29 Jun hingga 6 Julai 2013 hari ini selamat pulang ke tanah air. Tahun ini, Brunei Darussalam diwakili oleh dua peserta iaitu peserta qari Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki, manakala peserta qariah pula ialah Dayang Hajah Maidah binti Haji Abdul Rahman yang mendapat tempat keempat di pertandingan itu. 4.Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Datin Paduka Hajah Adina binti Haji Othman melawat mangsa kebakaran rumah panjang di Kampung Sumbiling Baru, Daerah Temburong pagi tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu. Semasa lawatan itu beliau mengumumkan bahawa Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan akan membantu mangsa membina semula rumah panjang di tapak yang sama dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong. Dalam kejadian kebakaran pada pukul 12.20 tengah malam , rumah panjang 15 pintu rentung akibat kebakaran yang puncanya masih lagi disiasat. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah sebelum api merebak dengan pantas ke seluruh bahagian lain rumah panjang itu.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 22:15:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015