HEBAHAN TERKINI : JAWATAN KOSONG ; TENAGA PENGAJAR /KERJA DI - TopicsExpress



          

HEBAHAN TERKINI : JAWATAN KOSONG ; TENAGA PENGAJAR /KERJA DI SEKOLAH – SEKOLAH SWASTA SELURUH MALAYSIA YANG BERDAFTAR DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SWASTA (KPMS) Unit Jaringan Masyarakat & Industri (UJMI), Pusat Penasihatan & Penempatan Kerjaya Graduan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) telah menerima respon yang positif dari sekolah- sekolah swasta yang berminat untuk mengambil mahasiswa UPSI sebagai tenaga pengajar/kerja di organisasi mereka mengikut bidang – bidang yang diperlukan. Kepada mahasiswa semester 8 (ISMP), semester 6 (Diploma), dan Graduan lepasan UPSI yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar/kerja di organisasi – organisasi tersebut, sila hantar sendiri atau hantarkan melalui pos butiran seperti berikut ; 1. Butiran Peribadi (Resumé) - sila pastikan gambar pasport terkini, alamat emel adalah menggunakan id emel yang formal. 2.Transkrip Akademik, (bagi pelajar Semester 8 ISMP sila sertakan salinan keputusan peperiksaan dari Semester 1 hingga Semester 7) 3. Salinan MyCAT (transkrip ko-kurikulum) 4.Salinan keputusan SPM 5. Salinan MUET ke alamat Pejabat Unit Jaringan Masyarakat & Industri, Pusat Penasihatan dan Penempatan Kerjaya Graduan, Bangunan Bitarasiswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak atau emelkan ke [email protected]. Resumé yang lengkap dan disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan sahaja akan diproses untuk tujuan panggilan temuduga. Mahasiswa dan lepasan graduan UPSI yang terikat dengan Kementerian adalah tidak layak untuk memohon. Sila klik untuk contoh format Resumé Sesi Temuduga bersama majikan akan diuruskan oleh UJMI. Permohonan mahasiswa dan lepasan Graduan UPSI yang diterima melalui UJMI sahaja yang akan dilayan. Permohon yang telah menghantar Resumé sebelum ini, sila pastikan Resumé dikemaskini dan disertakan salinan dokumen yang diperlukan seperti maklumat di atas dan hantar kembali dengan kadar segera.
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 04:58:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015