Hadis palsu popular yang ingin saya huraikan kali ini adalah, - TopicsExpress



          

Hadis palsu popular yang ingin saya huraikan kali ini adalah, “Aku adalah kota ilmu, dan Ali itu adalah pintunya [ ana madinatul I’lmi waa’liyyu babuha ]”. Dalam hadis lain ditambah dengan lafaz, “Maka sesiapa yang hendakkan ilmu, maka mestilah melalui pintunya (Ali) [ faman atal’ilma falyaktilbaab ]”. Golongan Syiah sering menggunakan HADIS PALSU ini untuk menyatakan kedudukan mulia Ali r.a di sisi Rasullullah s.a.w. Golongan Syiah juga beranggapan bahawa dengan kedudukan Ali r.a ini, sepatutnya beliaulah yang menggantikan Rasullullah s.a.w selepas beliau wafat. Syiah menuduh Abu Bakar r.a merampas jawatan khalifah ini daripada Ali r.a. Begitu juga dengan Umar r.a dan Uthman r.a. Bagi Syiah, pemerintahan ketiga-tiga khalifah ini tidak sah. Bagi Ahlul Sunnah wa al-Jamaah, Syiah adalah satu kelompok Muslim yang tersimpang daripada landasan Islam yang sebenar. Banyak tuduhan yang dilakukan Syiah bagi memburuk-burukkan tokoh-tokoh Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Antaranya adalah, Syiah menuduh Aisyah r.a, isteri Rasullullah s.a.w melakukan zina. Kesesatan Syiah dan percanggahan akidah mereka sudah banyak yang telah didedahkan, tapi yang menghairankan, masih lagi golongan ulama dan bijak pandai dari Ahlul Sunnah yang terperangkap dengan hujah mereka. Apatah lagi golongan umum yang tidak mahu membaca dan belajar, lagi senang diselewengkan akidah mereka. Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang nas-nas dari Quran dan hadis-hadis sahih tentang penyimpangan akidah mereka, ada baiknya saya nyatakan ulasan para sarjana mengenai HADIS PALSU ini. Ibn Taimiyyah berkata, “Ini adalah hadis daif, bahkan maudu’ di sisi para sarjana hadis”. Manakala Al-Hakim menyebut hadis ini dalam bukunya iaitu al-Mustadrak daripada hadis Abdullah ibn Abbas dan Jabir Ibn Abdullah, dan semua sanadnya adalah daif. Az-Zahabi memberi komen terhadap hadis ini dengan berkata, “Bahkan ianya adalah maudu’ “. Ibn Tahir al-Maqdisi menyebut hadis ini dalam bukunya Tazkirat al-Maudhu’at dan beliau berkata, “Dalam rangkaian sanadnya terdapat Abu al-Sallat al-Harawi dan namanya ialah Abd Salam, juga terdapat pelapor bernama Uthman bin Khalid dan Ismail bin Muhammad bin Yusuf, dan kesemua mereka ini adalah pendusta.” Imam Tarmizi berkata, “Ini adalah hadis mungkar.” Imam Bukhari juga ada membuat komentar mengenai hadis ini dengan berkata, “Tidak ada hadis ini cirri-ciri sahih.” Manakala Ibn Mai’n pula berkata, “Sesungguhnya ia adalah dusta, tidak ada asal usulnya.” Semua ulasan-ulasan para sarjana hadis ini disebutkan oleh Ibn Taimiyah dalam buku al-Ahadith al-Maudhu’ah. O.k, mengenai pengiktirafan Quran kepada semua sahabat Rasullullah s.a.w, Quran menyatakan mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t. Antara ayat Quran yang menjelaskan hal ini adalah Surah al-Fath, ayat 29. “ Nabi Muhammad itu ialah Rsullullah dan orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir [yang memusuhi Islam] dan sebaliknya bersikap kasih saying serta belas kasihan sesame sendiri [umat Islam]. Engkau melihat mereka tetap beribadat, rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia [pahala] daripada Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka [sebagai orang yang salih] terdapat pada muka mereka kesan daripada sujud [dan ibadat mereka yang ikhlas]. Demikian sifat mereka yang tersebut dalam Kitab Taurat, dan sifat mereka dalam Kitab Injil pula ialah [bahawa mereka diibaratkan] sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas[pangkal] batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang yang menanamnya. [Allah menjadikan sahabat-sahabat nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya berkembang biak serta kuat dan gagah sedemikian itu] kerana Dia hendak menjadikan orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan berkembangnya umat Islam itu. [Dan selain itu] Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.” Wallahuallam. Ahad, 6:20 pm 29/09/2013
Posted on: Sun, 29 Sep 2013 10:34:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015