IMIGRESEN HALANG MASUK 7,493 WARGA BANGLADESH. Kuala Lumpur : - TopicsExpress



          

IMIGRESEN HALANG MASUK 7,493 WARGA BANGLADESH. Kuala Lumpur : Jabatan Imigresen menolak kemasukan 7,493 warga Bangladesh yang tidak menepati syarat kemasukan sejak awal tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata jumlah itu sebahagian daripada 14,793 warga asing yang ditolak kemasukan mereka ke negara ini kerana didapati tidak menepati syarat seperti tiada wang untuk melancong, tujuan kemasukan tidak jelas, tiada pengesahan tiket pulang, tiada tempat tinggal di negara ini dan tiada saudara mara yang disahkan. “Peraturan kemasukan ditetapkan sekurang-kurangnya pelancong asing mesti memiliki minimum RM2,000 ketika tiba di negara ini. “Imigresen turut menyekat kemasukan pelajar asing yang mendakwa masuk untuk menyambung pengajian tetapi tidak tahu menulis, membaca, tidak tahu bertutur bahasa Inggeris atau tidak tahu pusat pengajian yang ingin dituju. Perketat syarat “Ada kemungkinan warga asing yang masuk tanpa wang mencukupi atau tidak mencukupi syarat untuk belajar kerana kemasukan ada kaitan dengan sindiket yang menawar pekerjaan di negara ini atau transit ke negara ketiga,” katanya kepada BH di sini, semalam. Justeru, Alias berkata pihaknya memperketatkan kemasukan warga asing khususnya tiga negara Asia Selatan iaitu Sri Lanka, Bangladesh dan Pakistan bagi mengekang kegiatan sindiket penyeludupan, pemerdagangan manusia dan pemalsuan dokumen daripada terus berleluasa. “Langkah ini sekali gus mampu menyelamatkan lebih ramai warga asing khususnya dari tiga negara berkenaan daripada terus ditipu dan diania-ya ejen Bangladesh di negara mereka yang turut bersekongkol dengan warga tempatan untuk membawa masuk mereka ke negara ini. “Ejen terbabit akan lepas tangan sedangkan tindakan itu mengundang masalah kepada warga asing yang berdepan tindakan jika menyalahi undang-undang negara ini,” katanya.
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 00:23:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015