[INFO] 1. Perniagaan di Malaysia Perniagaan mungkin merupakan - TopicsExpress



          

[INFO] 1. Perniagaan di Malaysia Perniagaan mungkin merupakan salah satu sumber rezeki yang paling mendatangkan kepuasan. Apatah lagi di sebuah negara seperti Malaysia yang rata-rata rakyatnya menikmati taraf kehidupan yang baik. Dengan ekonomi yang berkembang pesat, Malaysia menawarkan pulangan menarik kepada para usahawan dan peniaga. Untuk mengetahui sekilas pandang ekonomi Malaysia serta statistik-statistik perdagangan dan pelaburan: - Ekonomi Malaysia 2005 - Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) - Statistik Perdagangan di Malaysia - Senarai Projek-projek Diluluskan dalam Sektor Pembuatan di Malaysia 2. Sebelum Memulakan Perniagaan Kerajaan Malaysia menggalakkan penyertaan segenap lapisan masyarakat dalam pembangunan ekonomi, dan telah menyediakan struktur sokongan yang berupaya membantu para usahawan – dari membantu dalam penubuhan syarikat hingga menyediakan bantuan pembiayaan, pengurusan dan pembangunan perniagaan. Banyak syarikat di Malaysia yang besar dan berjaya hari ini bermula sebagai perniagaan kecil. Oleh itu jika anda telah membuat keputusan untuk membuka perniagaan, ini mungkin merupakan permulaan kepada satu perjalanan yang penuh cabaran tetapi menyeronokkan. Sebelum anda memulakan perniagaan, ada beberapa persoalan penting yang anda perlu fikirkan, di antaranya adalah matlamat hidup anda sendiri, perancangan perniagaan dan matlamat kerjaya jangka panjang anda. Agensi-agensi kerajaan berikut menyediakan bantuan dan panduan kepada para usahawan dan bakal usahawan: - Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) - Program Pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) oleh SMIDEC - MSC Technopreneur Development - Bahagian Latihan Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya - Bahagian Pembangunan Usahawan MARA - Pejabat MARA Negeri #Cont
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 00:10:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015