INFO Sihat: Impak Kekurangan Vitamin D Sumber: I-Sihat KAJIAN - TopicsExpress



          

INFO Sihat: Impak Kekurangan Vitamin D Sumber: I-Sihat KAJIAN saintifik telah membuktikan kekurangan vitamin D mampu mengakibatkan berlakunya kanser, penyakit jantung, kencing manis, sklerosis dan pelbagai penyakit lain. Vitamin D kini dianggap sebagai pro-hormon berbanding dengan vitamin lain. Vitamin D boleh disintesis dalam badan dalam jumlah yang mencukupi dengan hanya mendedahkan diri kepada cahaya matahari yang cerah dalam tempoh lima minit sehari. Di United Kingdom, kajian oleh Pakar Diet dan Pemakanan Kebangsaan menyatakan kanak-kanak dan anak-anak muda yang berumur antara empat hingga 18 tahun antara golongan yang kekurangan vitamin D. Kekurangan vitamin D dilihat berlaku atas sebab faktor pemakanan dan bukan pemakanan seperti pengambilan makanan yang kaya vitamin D adalah rendah, kekurangan mengambil suplemen vitamin D, faktor genetik, pigmentasi kulit, umur, etnik dan jisim berat badan. Vitamin D sebahagian besarnya mudah diperoleh daripada ikan, salmon, tuna, ikan kembung, minyak hati ikan, keju dan juga kuning telur.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 12:32:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015