INSURAN KAN DIRI KITA DGN AL IKLAS Setiap diantara kita - TopicsExpress



          

INSURAN KAN DIRI KITA DGN AL IKLAS Setiap diantara kita mengambil perlindungan insuran nyawa untuk melindungi ahli keluarga kita sekira terjadi apa-apa musibah yang mengakibat kematian atau hilang upaya kekal yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan. Semua aset-aset kita diinsurankan seperti rumah, kereta termasuk premis perniagaan kita. Ada sesetengah pemain bolasepak profesional dunia menginsurankan kaki dan tangan sepanjang musim perlawanan. Bagaimana pula kita nak insuran diri kita dari perkara yang kita sendiri tidak nampak seperti gangguan jin, saka, santau, pukau dan sihir? Sebelum kita ditimpa musibah diakibatkan oleh makhluk halus dan khianat manusia yang durjana, marilah kita menjaga diri kita dan melindungi diri dari perkara tersebut. Tidak perlu bayaran premium dan hanya amalan yang mudah dibuat oleh sesiapapun. Sebelum ini banyak doa-doa yang kita pelajari tetapi yang asas sekali kita lakukan yang ini dahulu. Cara-caranya. 1. Sebelum bangun dari tempat tidur. Ditempat tidur sambil duduk bersila, baca surah tiga Qul sambil menadah tangan. Selepas membaca surah tiga Qul hembus pada tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga. 2. Kemudian bacalah surah As-sufaat ayat 1 hingga 7 dan mohon perlindungan Allah SWT sepanjang masa. Jika tak boleh baca kesemua ayat 1 hingga 7. Baca sahaja ayat yang ke 7. InsyaAllah Allah swt akan melindungkan kita sepanjang hari. WALLAH HUAALAM
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 12:43:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015