(ISU PAS dan UMNO bergabung) "Sebenarnya, pendirian - TopicsExpress



          

(ISU PAS dan UMNO bergabung) "Sebenarnya, pendirian mempertahankan PR dan mengukuhkan PR adalah berdasarkan keputusan muktamar tahunan PAS yang tahun demi tahun, sejak 2008, memutuskan supaya PAS perlu mengukuhkan PR. Bagaimana tindakan mempertahankan PR dan menentukan ianya tidak digagalkan oleh golongan yang ‘gopoh’ atau ‘musta’jilun’ serta berkepentingan dapat dikatakan membelakangkan parti dan mementingkan PR lebih dari PAS? Sedangkan usaha mempertahankan PR adalah keputusan PAS! Saya melihat ramai yang terpengaruh dengan tuduhan sedemikian sekarang ini adalah terdiri dari golongan muda yang bersemangat tinggi tetapi tidak mengetahui sejarah sebenar serta realiti politik Negara. Mereka diisi dengan semangat dan kefahaman bahawa PAS boleh bersendirian kerana sudah kuat berdasarkan kedudukan sekarang TANPA mereka memahami bagaimana PAS telah sampai ke kedudukan yang dianggap ‘kuat’ ini. Pada hakikatnya, yang ingin sangat PAS bersendirian adalah UMNO/BN. Itulah sebabnya mengapa Hassan Ali dan Zul Noordin memperkenalkan istilah parasit dan anwarinas itu. Tidak mustahil ianya strategi yang dipilih oleh pihak risikan Negara dan Special Branch dalam usaha mereka untuk membela BN. Berdasarkan kajian teliti yang dilakukan mereka, golongan muda yang bersemangat ini boleh diguna-pakai untuk mengembalikan PAS kepada kedudukan asalnya, iaitu bersendirian dan tidak berpengaruh secara menyeluruh. Tidakkah pelik apabila istilah itu diulangi oleh golongan muda dalam PAS? Tidakkah mereka sedar betapa mereka dipermainkan oleh UMNO dan agen-agennya? Kejayaan yang dicapai oleh PR Selangor adalah bukti bagaimana sekiranya semangat PR dihayati dengan penuh keikhlasan oleh semua pihak, semua pihak akan mendapat keuntungan darinya. PAS adalah pihak yang paling untung hasil setiakawan yang tercapai melalui PR di Negeri Selangor. Dari 4 kerusi pada 1999, kosong kerusi pada 2004, 8 kerusi pada 2008 sekarang pada 2013 PAS mencapai kemenangan di 15 kerusi. Ini merupakan kejayaan yang membuktikan keberkesanan pendekatan tersebut. Diharapkan sangat bahawa PAS, sebagai parti Islam, mampu menunjukkan keikhlasan setiakawanan yang sama. Keberkesanan PR sebagai sebuah entiti dalam mengukuhkan kedudukan PAS serta parti komponen yang lain telah pun terbukti. Saya yakin kebanyakan dari ahli dan penyokong PAS memahami bahawa usaha untuk mencetuskan perbalahan di antara PAS dan rakannya dalam PR adalah perancangan yang dibawa UMNO/BN. Ianya TIDAK bertujuan memperkukuhkan kedudukan Melayu ataupun Islam, tetapi mengukuhkan kedudukan UMNO/BN sendiri." (Source: sinarharian.my/mobile/karya/entri-blog/waspada-usaha-pecahkan-pr-1.176132) Kesimpulannya, adalah mustahil untuk PAS dan UMNO bergabung. Mengapa? Itu yang ada perlu faham.
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 13:32:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015