Ibu-ibu tunggal diseru mendaftar dengan Kementerian Pembangunan - TopicsExpress



          

Ibu-ibu tunggal diseru mendaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat bagi membolehkan pelbagai bantuan disalurkan kepada golongan itu.Menurut menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim, berdasarkan inventori kementerian, hanya 70,000 ibu tunggal sudah berdaftar setakat ini walaupun bilangan sebenar diyakini lebih tinggi.Tambah beliau, semua ibu tunggal diminta berdaftar dengan persatuan ibu tunggal yang terdekat untuk pengesahan sebelum persatuan itu mendaftar dengan jabatan.Jelasnya lagi, antara keistimewaan yang diberi untuk ibu tunggal ialah membeli barangan keperluan dengan diskaun sehingga 50% menerusi Kad Skuad Pengguna di 2170 premis premis perniagaan di seluruh negara.Sehingga 31 mei lalu, seramai 12,285 orang ibu tunggal telah menerima kad berkenaan.Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan ramadan kepada 300 penerima terdiri daripada penghuni rumah anak yatim dan ibu tunggal Rumah Perlindungan Nur Kasih di ibu negara.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 11:52:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015