Ilmu sains, suatu ketika dahulu, bukanlah seperti yang kita - TopicsExpress



          

Ilmu sains, suatu ketika dahulu, bukanlah seperti yang kita peroleh sekarang ini. Sains yang dahulunya dikenali sebagai falsafah, bercampur-aduk antara perkara yang waras (rasional) dan tidak/kurang waras. Astronomi moden, misalnya, lahir dari rahim astrologi setelah dimatematikkan dan dipisahkan unsur-unsur tidak rasional dalam astrologi. Begitu juga bidang ilmu-ilmu sains yang lain seperti geografi, kimia, atau perubatan moden yang terbit dari rasionalisasi, penambahbaikan dan nyahkudus (dari unsur tidak rasional) ilmu geomansi (semacam feng shui dalam tradisi Cina), alkimia, dan teori humor. Saya terfikir barangkali di sana ada potensi ilmu baru yang dapat kita gali dengan merasionalisasikan ilmu-ilmu di alam Melayu seperti ilmu firasat (yang mirip behavioral psychology), ilmu ketika (iaitu petua memulakan sesuatu pada tarikh2 atau tempat2 tertentu, sama ada akan memberi akibat baik atau buruk), ilmu rasi (ilmu menentukan keserasian lelaki dan perempuan sebagai pasangan), ilmu nujum dll.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 16:13:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015