Imam Malek telah meriwayatkan di dalam kitabnya Al Muatta dengan - TopicsExpress



          

Imam Malek telah meriwayatkan di dalam kitabnya Al Muatta dengan sandaran sahih dari Idris Al-Khaulani yang berkata: “Aku telah memasuki masjid Damsyik tiba-tiba aku melihat seorang pemuda yang berseri-seri mukanya, tiba-tiba manusia ramai bersama dia, maka apabila mereka berselisih di dalam sesuatu perkara, mereka minta pandangan daripadanya dan mereka mengikuti pandangannya. Maka aku pun bertanya siapa dia? Maka dikatakanlah: Itulah Muaz bin Jabal radhiallahu a’nhu. Pada hari besoknya aku berpagi-pagi ke masjid, maka aku dapati dia mendahuluiku. Dan aku dapati dia sedang solat. Maka aku menunggu hingga dia selesai daripada solatnya. Kemudian aku datang kehadapan wajahnya. Maka aku mengucap salam kepadanya, kemudianku katakan padanya: ‘ Demi Allah, sesunggguhnya aku menyintaimu.’ Maka berkatalah dia: ‘Kerana Allahkah?’ Maka jawab lagi: ‘Kerana Allah’. Dia bertanya lagi:’Kerana Allahkah?’. Aku menjawab lagi: ‘Kerana Allah.’ Maka dia terus merangkuli aku dengan pakaiannya lalu menarik aku kepadanya sambil berkata: ‘Bergembiralah kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah sallahu alaihi wassal berkata: “Allah telah berfirman; Telah wajib cintaKu pada orang yang berkasih-sayang kerana Aku dan orang yang duduk bersama kerana Aku, dan orang yang ziarah-menziarahi kerana Aku. Dan orang yang selalu bertukar pemberian keranaKu.” (Riwayat Muslim)
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 23:10:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015