:) Iman itu boleh menjadi milik sesiapa sahaja. Bukan semata milik - TopicsExpress



          

:) Iman itu boleh menjadi milik sesiapa sahaja. Bukan semata milik ustaz, ustazah dan pendakwah. Bukan semata milik orang yang belajar di sekolah pondok, institut pengajian Islam, al-Azhar dan sebagainya. Bukan milik semata orang yang fasih dalam berbahasa Arab. Allah berkuasa memberi Taufiq dan Hidayah-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, sekalipun kepada seseorang yang tidak pernah mengenal Islam. Sebab itulah, tidak ada bezanya antara kita. Jangan kerana ilmu yang kita miliki, kita menjadi sombong, ujub serta riak. Kerana apa2 sahaja yang kita miliki adalah hak milik Allah yang mutlak. Bila2 masa sahaja Dia boleh mengambilnya daripada kita. Redha dan sabar lah dengan setiap ketentuan Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
Posted on: Thu, 15 Aug 2013 23:22:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015