Info dari wall orang. Sempena penganjuran program hiburan besar - TopicsExpress



          

Info dari wall orang. Sempena penganjuran program hiburan besar yang akan berlangsung di Padang Bandaran Sandakan pada 31 Ogos hingga 1 September ini, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marung memaklumkan bahawa tidak ada sebarang penutupan jalan di kawasan Bandar kecuali dari Jalan Coastal road satu ke Coastal Highway, Jalan Seafront menghampiri Dewan Masyarakat Sandakan yang akan diperuntukkan kepada peniaga kecil utk membuka khemah jualan antara 30 Ogos hingga 1 September. Walau bagaimanapun sepanjang tempoh tersebut juga, semua kenderaan yang melalui jalan Bandar hanya boleh berhenti menurunkan penumpang atau muatan barangan dan dilarang sama sekali untuk meletak kenderaan di petak-petak letak kereta kecuali di bangunan-bangunan yang menyediakan kemudahan letak kenderaan seperti menara MPS, Pejabat Pentadbiran MPS, Wisma Sandakan, Harbour Mall atau mana-mana premis yang menyediakan kemudahan ini. Bagi tujuan menghadiri acara yang berlangsung, para pemandu dinasihatkan untuk meletak kenderaan masing-masing di tapak pembinaan Perumahan Prima di Batu 1 setengah BDC dan kawasan Letat Jaya bagi kenderaan yang datang menerusi Jalan Lintas Utara dan Jalan Utara. Sementara bagi pengguna jalanraya dari arah Karamunting, anda boleh meletak kenderaan anda di kawasan Bandar Leila dan Bandar Ramai-ramai. Kemudahan shuttle bas berbayar ada disediakan untuk anda memasuki kawasan perbandaran menuju ke tapak pesta. Pihak Polis menasihatkan orang ramai untuk beberapa perkara seperti : 1- Jangan tinggalkan barangan berharga atau beg di dalam kenderaan yang ditinggalkan. 2- Berhati-hati dengan perbuatan ragut. 3- Berhati-hati ketika berada di tapak pesta dan 4- Bertolak ansurlah ketika berada di jalanraya. Kawalan keselamatan akan dipertingkatkan di sepanjang kawasan sewaktu pesta berlangsung. Sebarang pertanyaan, sila hubungi IPD Sandakan 089-212222.
Posted on: Fri, 30 Aug 2013 03:01:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015