Info tentang LUMI khas utk akk2 yang baru je like page nie - TopicsExpress



          

Info tentang LUMI khas utk akk2 yang baru je like page nie LUMIGLOW ialah sejenis krim sapuan yang diperbuat daripada bahan semulajadi tanpa kesan sampingan. Cuma sapu 3kali sehari 3 jari bawah pusat. Ia berfungsi sebagai penggalak dan penstabil hormon dalam badan yang dapat bertukar menjadi hormon progesterone yang mampu meningkatkan kesuburan, mengatasi sengugut, period tak teratur, rahim tak kuat dan lain2. Akk boleh baca penulisan peribadi Dr. Zubaidi tentang pendapat beliau mengenai krim ini melalui artikel beliau dibawah ini : ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ *LumiGlow * Membantu Proses Kehamilan | Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis drzubaidi Setiap pasangan yang hamil mengharapkan kebahagiaan dengan kehadiran cahaya mata dalam keluarga yang baru dibina. Kebelakangan ini kadar ketidaksuburan pasangan yang baru berkahwin semakin meninggi akibat tekanan di tempat kerja, factor pencemaran alam sekitar dan pemakanan. WHO mendefinisikan ketidaksuburan sebagai: “ Pasangan yang telah berkahwin selama 2 tahun dan melakukan hubungan kelamin secara kerap,tanpa menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan, tetapi si isteri tidak hamil, bukan disebabkan oleh menyusukan anak, atau dalam pantang ( postpartum amenorrhoea ) Di Malaysia kadar ketidaksuburan dianggarkan sebanyak antara 10% - 15% dari pasangan yang telah berkahwin di Malaysia, dan kadar ini lebih kurang sama di USA dan UK. Punca-punca ketidaksuburan, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia, termasuklah masalah kelenjar ovary ( ovulatory dysfunction ) (46% ), punca-punca yang tidak diketahui ( unexplained infertility ) (22% ), pelbagai factor (13%), factor disebabkan oleh suami (6%), factor masalah tiub fallopian factor (5%), factor disebabkan oleh masalah rahim (3%), dan lain-lain factor. ( rujuk ucapan Menteri kesihatan pada 05-10-2011moh.gov.my/speeches/850 ) Agak menghairankan sebanyak 22 peratus dari pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan dan telah pergi berjumpa doctor pakar, namun masih tidak diketahui punca sebenar ketidaksuburan mereka.Maknanya doctor telah menjalankan pelbagai ujian dan pemeriksaan kesuburan untuk kedua-dua suami dan isteri , dan mendapati mereka adalah pasangan yang normal, tetapi si isteri masih gagal untuk hamil. Dalam kes begini, faktor-faktor luaran seperti pemikiran yang positif, banyak berdoa dan menggunakan suplemen tertentu dapat membantu mereka yang mengalami masalah seperti ini. Saya amat tertarik dengan produk LUMIGLOW yang banyak dipasarkan, dikatakan boleh membantu Wanita yang mengalami ketidaksuburan. Ramai juga yang bertanyakan pendapat saya sama ada LUMIGLOW berkesan dalam membantu yang bermasalah. Saya meneliti kandungan produk LUMIGLOW dan percaya produk ini dapat membantu pasangan yang dikategorikan dalam ‘sukar hamil tanpa sebab yang diketahui’. Walaupun belum ada kajian saintif yang teliti mengenai keberkesanan LUMIGLOW, tidak mustahil produk ini dapat membantu bagi pasangan seperti ini. Produk LUMIGLOW mengandungi bahan-bahan yang terdiri daripada ekstrak dioscorea villosa, ekstrak aloe vera, ekstrak kacang soya, ekstrak biji anggur dan vitamin E. Saya percaya bahan aktif utama bagi produk ini adalah dioscorea villosa ( keladi liar ) iaitu tumbuhan yang banyak didapati di Amerika Utara. Ia mengandungi bahan saponin diosgenin yang boleh ditukarkan menjadi hormone progesterone apabila berada dalam tubuh manusia. ( Noguci E, Fujiwara Y, Matsushita S, Ikeda T, Ono M, Nohara T. “Metabolism of tomato steroidal glycosides in humans”. Chem. Pharm. Bull. 54 (9):1312-40 ) Sebelum ini keladi liar telah banyak digunakan oleh puak asli Amerika untuk membantu Wanita melegakan sakit senggugut, dan meredakan masalah berkaitan dengan monopouse. Malah ia juga digunakan untuk rawatan ketidaksuburan. Mereka tidak menyedari bahawa bahan aktif dalam keladi liar dioscorea villosa, iaitu saponin diosgenin membantu dukun-dukun puak asli Amerika merawat pesakit-pesakit mereka. Apabila dunia semakin moden dan canggih, para saintis berjaya menghasilkan ekstrak keladi liar ini, yang menjadi bahan utama dalam produk LUMIGLOW. LUMIGLOW mempunyai kepekatan 3.5% diosgenin dari keladi liar Dioscorea Villosa yang mencukupi untuk ditukarkan menjadi hormone progesterone yang terlibat secara lansung dalam kitaran haids Wanita, proses kehamilan dan pembentukan janin ( embryogenesis ). ( Hooker E (2004). “Final report of the amended safety assessment of Dioscorea Villosa ( Wild Yam ) root extract”.Int J. Toxicol.23 Suppl 2: 49-54 ) Bagaimana produk ini mampu membantu pasangan yang mengalami ketidaksuburan ini, masih lagi menjadi misteri sains namun dipercayai disebabakan kandungan LUMIGLOW yang mempunyai bahan saponin diosgenin yang bertukar menjadi hormone progesterone dalam tubuh. Hormone progesterone pula amat penting dalam proses kehamilan. Di awal proses persenyawaan, progesterone adalah tarikan utama bagi sperma untuk berenang merentasi laluan dalam rahem dan tiub fallopian, sebelum berlakunya persenyawaan. ( Kirkman-Brown JC, Bray C, Stewart PM, Barratt CL, Publicover SJ (June 2000). “Biphasic elevation of [ Ca(2+)](i) in individual human spermatozoa exposed to progesterone”. Developmental Biology 222 (2) :326-35 ) Setelah persenyawaan berlaku, sekali lagi progesterone adalah hormone yang penting bagi mengekalkan kahamilan. Ini kerana progesterone adalah hormone yang bertanggungjawab menebalkan lapisan endometrium untuk penanaman benih yang telah disenyawakan. Ramai di antara Wanita yang keguguran di awal kehamilan akibat mempunyai kepekatan hormone progesterone yang rendah. Oleh itu apabila ada tanda-tanda pendarahan di awal kehamilan, doctor akan memberikan hormone progesterone tambahan bagi mengurangkan risiko keguguran berlaku. Ada juga pasangan yang mengalami keguguran akibat dari tindak balas daya tahan (immune response ) seorang Wanita terhadap janin anaknya. Dalam hal ini, hormone progesterone yang mencukupi ketika di awal kehamilan dapat membantu mengurangkan tindakbalas ini, dan mengurangkan risiko keguguran. Progesterone juga dapat mengurangkan kecutan otot rahim tanpa sebab yang diketahui yang boleh menyebabkan keguguran. Secara teorinya, progesterone yang dibekalkan dalam LUMIGLOW mungkin dapat membantu mereka yang mengalami ketidaksuburan seperti ini dan membantu mereka yang sering keguguran di awal kehamilan. Antara soalan yang sering dinyatakan adalah cukup hanya dengan menyapu kream LUMIGLOW pada kulit untuk mendapat kesan yang baik ini. Banyak kream progesterone dijual di negara Eropah dan Amerika Syarikat dengan selamat kerana bahan aktif yang masuk ke dalam kulit melalui cara transdermal sangat berkesan. (Lark, Susan (1999). Making the Estrogen Decision. McGraw-Hill Professional. P.22 ) Produk LUMIGLOW ini juga tidak memerlukan preskripsi dari doctor kerana ia adalah hormone progesterone semulajadi dari tumbuhan keladi liar. Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata dan belum ada masa untuk mendapatkan pemerikasaan doctor, mungkin produk LUMIGLOW ini sesuai untuk dicuba. Wallahu a’llam
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 06:00:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015