Ingin saya berkongsi dengan anda semua umat Islam luahan rasa - TopicsExpress



          

Ingin saya berkongsi dengan anda semua umat Islam luahan rasa melihat akan umat Islam semakin ditekan dan ditindas.... Antara banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah, ada dua peristiwa yang menyayat hati telah berlaku dalam sejarah Islam dimana kesan keperitannya masih terasa hingga hari ini. Yang pertama ialah peristiwa ketika cucu Nabi s.a.w, Saidina Hussain Bin Ali r.a di bunuh oleh tangan-tangan yang berdosa dalam sebuah kisah yang masyhur di Karbala. Tidak sampai satu dekad selepas itu belaku satu lagi peristiwa yang serupa menimpa cucuNya Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussain apabila ditinggalkan oleh 400 ribu pengikut yang berbaiah kecuali empat ratus sahaja yang thabat untuk berdepan dengan musuhnya Hisyam bin Abd.Malik. Dua gambaran daripada kisah khianat dan ketidaksetiaan. Pengalaman yang pahit ini begitu dirasai kini oleh pejuang-pejuang Islam di serata dunia. Dimanakah ukhuwwah? Dimanakah kesetiaan? Dan, dimanakah pengorbanan? Ketika pejuang Islam di Palestin, Iraq, Chechnya, Afghanistan, Kashmer dan diseluruh dunia dikepung oleh Zionis Yahudi dan Amerika mereka ditinggalkan oleh rakan seagama dengan mereka. Mereka dibunuh oleh kekesalan, kesedihan dan keterabaian sebelum badan mereka ditembusi senjata musuh. Sejarah kini berulang semula. Keperitan Saidina Hussain dan Imam Zaid dirasai sama oleh mujahidin-mujahidin Islam di zaman ini. Dengan kehendak Allah peristiwa itu berlaku- biarpun ia satu pengorbanan yang sangat tinggi nilainya-supaya menjadi pengajaran kepada umat sepanjang zaman akan bahaya penyakit khianat dan penarikan kesetiaan dalam perjuangan menegakkan Islam. Ia bukan ciri khusus yang hanya berlaku pada satu-satu bangsa tetapi adalah sifat yang lazim dan sinonim dengan mereka yang lemah imannya. Pada waktu ini kelihatanlah betapa pentingnya tarbiah imaniah bagi saf pendakwah khususnya dalam menghadapi suasana getir. Mengubah kesetiaan dan membubarkan baiah serta tidak melaksanakan tuntutannya diwaktu dakwah dan perjuangan amat memerlukkan sokongan dan dokongan adalah satu pengkhianatan yang tidak akan terampun selamanya. Kenapa dengan kamu ini, apabila diseru kepada kamu, keluarlah berjuang dijalan Allah, jiwa kamu berat ke bumi?. Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia?. Dunia, dunia wahai saudara. Ia yang membuatkan kita tidak setia dengan baiah dan janji kita. Sebab itu kita gagal dalam dakwah, gagal dalam amal jama’i dan gagal dalam jihad kita. Adakah kamu telah redha dengan kehidupan dunia? adakah kerjaya, anak isteri, perniagaan, rumah besar, kereta besar dan kemewahan telah menghalang kamu dari menunaikan kesetiaan kepada dakwah dan perjuangan? Alangkah ‘malangnya’ Hussain, ‘malangnya’ Zaid dan ‘malangnya’ pejuang Islam pada hari ini di serata dunia! Sudah tiba masanya kita memerlukan kepimpinan yang benar2 menjadikan Islam 100% sebagai panduan dalam pentadbiran sesebuah negara. Islam tertegak di dunia ini bukan kerana pentadbiran demokrasi tetapi Islam tertegak di muka bumi Allah ini melalui SISTEM PEMERINTAHAN KHILAFAH yang sdh dilaksanakan ribuan tahun oleh bagnda Rasulullah SAW dan para sahabatnya..
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 00:15:50 +0000

Trending Topics



; min-height:30px;"> Isaías 53 - 1. QUEM deu crédito à nossa pregação? E a quem
Michigan Court of Appeals rules that edibles, namely, goods

Recently Viewed Topics




© 2015