Ini ada doa...utk di kongsikan - TopicsExpress



          

Ini ada doa...utk di kongsikan bersama... Bismillahirrohmannirrohim. Ya Allah ya Tuhan ku, aku mengucapkan syukur ke hadrat mu ya Allah, dengan kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya di atas limpahan nikmat dan rahmat ke atas ku semua khususnya nikmat Islam yang ku miliki ini. Ya Allah ya Tuhan ku ampunilah dosa dan maafkanlah kesilapan ku lahir dan batin. Ya Allah ampunilah dosa ku dan dosa kedua ibu-bapa ku, dosa keluarga ku, dosa masyarakat ku, dosa seluruh ummat Islam yang telah mati dan yang masih hidup dan ummat Islam yang akan datang hingga hari kiamat. Ya Allah sesungguhnya keampunan Mu dan kemaafan Mu lebih luas dan lebih besar daripada kesalahan kami. Ya Allah, Engkau lah Tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun, ampunkanlah dosa ku dan dosa yang dilakukan oleh mereka itu. Ya Allah ya Tuhan, kami pohon apa yang pernah dipohon oleh Nabi kami Muhammad saw. Ya Allah, kami minta perlindungan apa yang pernah diminta perlindungan oleh Nabi kami Muhammad saw. Ya Allah berikan kami kekuatan taufik dan hidayah supaya dapat ku beramal dengan apa yang telah kami pelajari. Tambahkan pada kami ilmu, iman dan amal. Hidupkan kami dengan Islam dan matikan kami dengan Islam. Hidupkan kami dengan Al-Quran dan matikan kami ini dengan Al-Quran. Ya Allah berikan kami kekuatan supaya dapat kami membaca Al-Quran siang dan malam di sepanjang hayat kami sehingga kami bertemu dengan Mu yarhamarrohimin. Ya Allah berikan kami kekuatan supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad saw di zaman tidak ada Nabi dan Rasul ini dan supaya dapat kami bersyukur dan menunaikan amanah Islam ini. Ya Allah perlihatkanlah yang benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkan yang salah itu salah supaya dapat kami menjauhinya. Ya Allah ya Tuhan kami bersihkanlah hati kami pemikiran kami dan kehidupan kami daripada jenis syirik, kufur, nifak, zalim dan sifat-sifat yang keji. Tumbuhkan di hati kami sifat-sifat yang terpuji. Ya Allah jadikan hati kami ini hati yang menyukai apa yang disukai oleh Engkau dan membenci apa yang di benci oleh Engkau. Ya Allah ya Tuhan kami sebagaimana Engkau mengenali kami jadikanlah hati kami ini mengenali Engkau lebih dari segala-galanya. Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa dekat dengan kami jadikanlah hati kami ini sentiasa mendekati Engkau dimana saja kami berada. Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa mengingati kami jadikanlah hati kami sentiasa mengingati Engkau dimana saja kami berada. Ya Allah ya Tuhan kami sebagaimana Engkau menyayangi kami jadikanlah hati kami ini sentiasa menyayangi Engkau, mencintai Engkau lebih daripada segala-segalanya. Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa berbuat baik kepada kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa berbuat baik dengan seikhlas-ikhlasnya yang Engkau kehendaki. Ya Allah sebagaimana Engkau dekat dengan kami jadikanlah kami dekat dengan Engkau dimana saja kami berada. Ya Allah sebagaimana Engkau melihat, mendengar dan memerhatikan kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa sedar akan penglihatan Engkau dan perhatian Engkau terhadap kami dan sentiasa bertakwa dalam penghidupan kami. Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa bersama dengan kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa sedar akan kehadiran Engkau dalam penghidupan kami. Ya Allah sebagaimana Engkau bersikap pemuruh terhadap kami jadikanlah kami ini hambaMu yang pemurah sebagaimana yang Engkau kehendaki. Ya Allah ya Tuhan kami sebagaimana Engkau sentiasa menyeru kami maka jadikanlah kami ini menyeru Engkau dan memohon pertolongan daripada Engkau. Ya Allah ya Tuhan kami berikanlah kami ilmu yang bermanfaat, iman yang mendalam, rezeki yang halal, anak yang soleh solehah, keturunan yang baik baik dan penghidupan yang penuh berkat. Ya Allah ya Tuhan kami, jika tertulis suatu takdir yang tidak baik keatas kami, kami memohon supaya Engkau menukar takdir itu dengan suatu takdir yang baik kepada kami. Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau saja yang mengetahui berapa lama lagi kami akan berada di dunia ini. Ya Allah jangan Engkau keluarkan kami ini dari dunia ini sehingga kami telah bersiap dengan sesiapnya, sehingga kami berjaya menunaikan tanggungjawab kami sebagai hamba Engkau dan khalifah Engkau di bumi ini. Ya Allah ya Tuhan kami selamatkan kami di dunia ini dan selamatkan kami di akhirat nanti. Ya Allah, Hidupkanlah kami dengan Islam dan matikanlah kami ini dengan Islam. Selamatkan iman kami daripada segala gangguan syaitan, semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir. Akhirilah hayat kami ini ya Allah, dengan hosni khotimah dan dengan kalimah, la’ilah haillulah Muhammadul Rasulullah. Selamatkanlah kami semasa kami berada di dalam kubur. Jadikanlah kubur kami itu salah-satu taman dari taman-taman syurga. Dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat menjawab semua soalan Mungkar dan Nangkir. Ya Allah selamatkan kami semasa dunia ini dihancurkan. Ya Allah selamatkan kami semasa kami dibangkitkan semasa menuju Mashyar, selamatkan kami semasa kami berada di Padang Mashyar. Naungilah kami ini dengan naungan Al-Quran, naungan sedekah-sedekah kami, naungan Arash Engkau. Ampunilah dosa kami dan maafkanlah segala kesilapan kami dan segala kelemahan diri kami semasa kami dihisap di mahkamah Engkau. Hisabkanlah kami ini dengan hisap yang sedikit dan ringan. Berikanlah kami peluang untuk bertemu dengan Nabi kami Nabi Muhammad saw dan memperolehi syafaatnya. Ya Allah jadikanlah kami ini hamba-Mu yang berjaya di dunia ini, berjaya di akhirat nanti, berjaya menerima keputusan amalan kami dengan tangan kanan dan berjaya minum minuman di kolam Nabi kami Nabi Muhammad saw. Ya Allah selamatkan kami semasa kami melalui Titian Siraat yang amat menakutkan kami, selamatkan kami dari neraka dan sebab-sebab yang membawa kami ke neraka. Ya Allah masukkan kami ini kedalam syurga Engkau dengan keampunan Engkau dan rahmat Engkau. Berikanlah kami peluang supaya dapat bertemu dengan Engkau dan melihat wajah Engkau serta mencapai keredaan Engkau sebagaimana yang Engkau janjikan kepada kami. La’haw lawala kuwata illa billah hil alil lil azim. Ya Allah perkenankan segala permohonan kami, mustajabkanlah doa kami, selesaikanlah segala masalah kami, bayarkanlah segala hutang kami, sembuhkanlah segala penyakit kami, kuatkanlah segala kelemahan kami, sempurnakan segala kekurangan kami, tunaikan hajat-hajat kami, berkatilah anak cucu kami, jayakanlah usaha dan perniagaan kami, satukanlah hati-hati kami, menangkanlah perjuangan kami dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad saw, dengan keramat Al-Quran al-kareem dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas. Rabbana atina fitdunya hassanah wafil aakhirotihasanah wakina azar bannar. Wassalallah … Saidina Muhammad …..waala alihi … ajmain, walhamdullilah hirabillalamin. Rujukan : Olahan Doa Ust YB Muhammad Mustafa 5.10pm to 8.30pm Sekarang waktu wukuf di arapah. Doa yer kawan2.
Posted on: Mon, 14 Oct 2013 11:22:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015