Ini pula maklumat daripada Puan Fauziah Ashaari (Intens Idea) - TopicsExpress



          

Ini pula maklumat daripada Puan Fauziah Ashaari (Intens Idea) berkenaan cara-cara penghantaran manuskrip kepada pihak penerbitan beliau. Sesiapa yang berminat sila ambil perhatian: • Pastikan manuskrip anda adalah asli dan tidak diciplak daripada mana-mana karya penulis lain. • Format manuskrip anda adalah : o Saiz Font Tulisan – 12 o Jenis Font Tulisan – Times New Roman o Jarak Baris – 1 spacing/langkau o Enter lima (5) kali untuk menjarakkan antara bab / Jarak lima baris antara bab. • Minimum ketebalan manuskrip anda adalah 350 halaman bersaiz kertas A4 • Manuskrip di dalam file dokumen WORD. • Manuskrip anda tidak melibatkan isu perkauman, politik dan sensitiviti masyarakat. • Plot cerita yang baik dan kemas. • Emelkan manuskrip penuh ke editor.intensmart@gmail • Lampirkan bersama : Nama penulis seperti di kad pengenalan : Nama pena : Alamat surat-menyurat : No Telefon : Alamat Emel : • Manuskrip anda kepada Intens tidak dihantar ke syarikat penerbitan lain sehingga kami membuat keputusan sama ada MENERIMA atau MENOLAK Tugas Kami! • Proses penilaian mengambil masa 1 – 2 bulan. Kami akan hubungi anda dalam tempoh tersebut. • Jika diterima, kami akan edit dan pulangkan semula kepada anda untuk semakan terakhir bersama surat perjanjian setebal 17 halaman. Perkara Asas Yang Perlu Anda tahu! • Royalti anda adalah 10% daripada harga Semenanjung Malaysia. • Wang pendahuluan RM1000 akan diserahkan kepada anda bersama salinan perjanjian yang telah lengkap duti setem. • Hak cipta adalah hak Penulis. Hak kami hanya sebagai hak penerbitan buku untuk tempoh tertentu sahaja. • Sekiranya ada pihak ketiga berminat dengan karya anda, perjanjian lain akan dimeterai. • Novel akan terbit setelah Perjanjian ditandatangani oleh Penerbit dan Penulis.
Posted on: Wed, 09 Oct 2013 01:38:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015