Insha Allah suatu hari nanti, saya mahu membuka sebuah pusat yang - TopicsExpress



          

Insha Allah suatu hari nanti, saya mahu membuka sebuah pusat yang terangkum padanya 4 unit: 1. Sebuah perpustakaan untuk menempatkan koleksi buku saya yang saya sudah tidak tahu nak susun bagaimana sekarang ini. 2. Unit kajian, sebagai sebuah badan bebas yang menjalankan kajian-kajian kepustakaan untuk sejarah, yang akan menghimpunkan atau menjalankan koordinasi terhadap rakan-rakan saya pengkaji sejarah, bersama geran-geran yang datang dari pihak yang berminat melabur dalam perkembangan bidang sejarah khususnya sejarah Islam. Unit ini juga akan menerbitkan majalah 4 kali setahunnya dengan nama yang sama dengan pusat ini. 3. Sebuah bilik kuliah kecil yang menjalankan syarahan-syarahan, mini seminar, diskusi ilmiah tentang topik-topik berkaitan dengan sejarah, terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. 4. Sebuah mini kafe ala-ala Starbuck sebagai lokasi membaca dan bersosial yang santai. Pusat ini akan saya namakan sebagai MU’ARRIKHŪN! Pensyarah di Malaysia dipaksa pencen selepas usia 65 tahun sedangkan itu usia gemilang sejarawan. Saya akan jadikan pusat ini sebagai tempat gemilang para profesor saya yang kehilangan stesyen itu. Halaman web ini saya wujudkan untuk meredakan rasa letih dan jemu saya mengulangkaji pelajaran di musim peperiksaan sekarang ini, dan menyiapkan tugasan akademik yang baik. Ia masih baru, saya belum menetapkan secara muktamad akan konsepnya. Namun, saya berhasrat untuk menjadikannya sebagai pengkalan maklumat soal jawab berkaitan bidang sejarah, untuk mengimarahkan bidang yang ketinggalan ini. (Impian gila sang pemalas)
Posted on: Sat, 15 Jun 2013 17:38:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015