Intipati Pemerkasaan Bumiputera Pembangunan ekonomi negara, - TopicsExpress



          

Intipati Pemerkasaan Bumiputera Pembangunan ekonomi negara, terutama sejak Dasar Ekonomi Baru, telah memanfaat semua rakyat Msia & bkn shj Melayu/Bumiputera.Pembangunan negara dilakukan bkn dgn ambil/menidak hak sesiapa, ttp cipta kekayaan baru & menjana pertumbuhan ekonomi mampan. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-2 Msia, Allahyarham Tun Abdul Razak pada 1971 utk tangani ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik & pembasmian kemiskinan, berikutan tragedi 13 Mei 1969.Antara instrumen & institusi yg diwujudkan Kerajaan demi Melayu & B/putera: Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, KESEDAR.Perdana Menteri ke-3, Tun Hussein Onn telah menubuhkan Permodalan Nasional Bhd & melancarkan Skim Amanah Saham Nasional.Kepentingan B/putera dikukuhkan oleh Tun Dr Mahathir, PM ke-4 melalui Dasar Penswastaan & Wawasan 2020 yg jadi landasan perjalanan negara.Koridor-koridor pula diwujudkan oleh PM ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi utk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah. Atas sokongan yg diberi org Melayu & B/putera pd PRU13, Kerajaan akan laksana pendekatan yg konkrit utk memperkasa mereka Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera beri fokus kepada 5 strategi utama: 1) Mendaya Modal Insan Bumiputera Bagi remaja yg rendah pencapaian akademik, Kerajaan akan banyakkan prgm peningkatan kemahiran sbg persediaan utk mendapat pekerjaan GiatMARA akan diberi peruntukan tambahan utk beli peralatan teknologi terkini bg mengendali prgm latihan re-skilling Bg graduan B/putera yg menganggur, Kerajaan akan giatkan prgm latihan mengatasi masalah kebolehpasaran agar sesuai dgn keperluan industri.Oleh itu, prgm2 spt Skim Latihan 1Msia, Graduate Employability Management Scheme & Prgm Peneraju Skil akan diperluas utk graduan B/putera Agensi spt JPA & MARA akan luaskan Prgm Pendidikan Lepasan Ijazah bg tambah B/putera kelulusan tinggi bidang kritikal & teknologi tinggi Prgm2 spt Prgm Peneraju Profesional di bwh Yayasan Peneraju Pendidikan B/putera akan diluaskan utk lahirkan ramai B/putera professional 2) Mantapkan Pemilikan Ekuiti B/putera Dlm Sektor Korporat Skim Amanah Saham B/putera2 (ASB2) akan dilancar Permodalan Nasional Bhd dgn suntikan RM10 bilion unit saham. Ekuinas akan ambil alih sbg peneraju prgm Skim Jejak Jaya B/putera utk bimbing sykt2 supaya dpt disenaraikan di Bursa malaysia 3) Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan B/putera Bumiputera masih ketinggalan dlm pemilikan aset bukan kewangan spt rumah kediaman, premis industri & kompleks komersil Yayasan Wakaf Msia akan diperkemas & ditukar menjadi entiti korporat bagi megoptima nilai hartanah masyarakat Bumiputera Islam Institusi2 hartanah spt Pelaburan Hartanah Bhd & Perbadanan Usahawan Nasional akan dikukuh utk bangun/peroleh hartanah komersil/industri PR1MA & SPNB akan bekerjasama dgn kerajaan2 negeri untuk bina rumah mampu milik di seluruh negara. UDA Corporation akan diperkukuhkan utk bantu bangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks & ruang niaga, bangunan industri di bandar GLC & GLIC yg terlibat dlm hartanah akan beri penekanan pembangunan hartanah B/putera terutamnya perumahan, rumah kedai & premis komersil 4) Memperhebat Keusahawanan & Perniagaan Bumiputera Ikhtiar Msia mendapat RM300 juta tambahan pembiayaan pinjaman untuk 5 tahun lagi TEKUN Nasional juga dapat RM700 juta dana tambahan, sasar usahawannya akan meningkat kpd 370,000 orang pd 2015 drpd 270,000 tahun ini Semua kementerian & GLC akan kukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera & pemilihan vendor mesti berasaskan meritokrasi di antara mereka.Petronas, TNB, Telekom Msia, Axiata, UEM, Sime Darby & Felda Global Ventures akan perkasakan Prgm Pembangunan Vendor.Ketua Pegawai Eksekutif GLC tetapkan sasaran ke atas penyertaan B/putera termasuk perolehan yg dianugerah kpd vendor.Sykt2 B/putera disasar dpt faedah drpd kontrak RM20 bilion setahun Petronas bg kerja2 perkhidmatan upstream & downstream GLC & GLIC akan menerajui usaha mewujudkan beberapa konsortium sykt B/putera dlm sektor pembuatan & perindustrian yg berpotensi/nilai tinggi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan mengenalpasti mana2 perkhidmatan Kerajaan yg berdaya maju utk diswastakan kpd B/putera Dasar "Carve-out" akan diperluas kpd projek2 besar kementerian & GLC utk beri peluang sykt B/putera peroleh kontrak, spt dilakukan utk MRT.47% atau RM9 bilion drpd projek MRT telah dianugerahkan kpd syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi. 4 projek tambahan yg dikenalpasti utk dasar ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, & RRI Sungai Buloh Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yg berdaya saing & minat dlm bidang2 baru berasaskan pengetahuan dibina Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) diperuntuk RM100 juta dalam 3 tahun ini untuk bantu syarikat2 "start-up". SUPERB akan sediakan kemudahan geran sehingga RM500k kpd entrepreneur baru yg kreatif & inovatif dlm bidang2 strategik berpotensi besar.Pemilihan entrepreneur SUPERB adalah berdasarkan merit & akan dibuat oleh panel yg berjaya, serta akan dapat perkhidmatan mentor. 5) Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan Unit Pembangunan B/putera (UPB) akan diwujudkan di semua kementerian bg rangka cadangan & laksana inisiatif Agenda B/putera pengambilan pelajar UiTM meningkat kpd 250,000 menjelang 2020, seiring dgn penubuhan kampus2 baru seluruh negara Dana Pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion akan ditubuh utk biayai prgm latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan & inovasi Dana Pendidikan MARA ni berbentuk "Matching Fund" dgn nisbah 1:1 antara MARA & Kerajaan, akan disalurkan secara berperingkat. TERAJU kini akan diletakkan langsung di bawah Perdana Menteri & diketuai oleh seorang Menteri atau CEO bertaraf Menteri Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) & SUPERB akan diletak di bawah TERAJU demi mewujudkan Komuniti Entreprenuer B/putera Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) akan menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera, dipengerusikan oleh NajibRazak sendiri
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 05:11:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015