JOM BACA ARTIKEL BERKENAAN KESAN OBESITI TERHADAP TUBUH. 1. - TopicsExpress



          

JOM BACA ARTIKEL BERKENAAN KESAN OBESITI TERHADAP TUBUH. 1. JANTUNG : PENYAKIT JANTUNG Lemak yang terdapat disekeliling organ boleh meracuni tubuh dari dalam. Lemak yang dikenali dengan nama lemak visceral, mengeluarkan zat kimia yang telah dikaitkan dengan penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser. Hasil pemerhatian pada wanita gemuk telah menunjukkan bahawa jantung mereka mengalami pembesaran. Otot-otot jantung semakin membesar akibat peregangan yang ditimbulkan oleh berat badan ekstra. Akibatnya, jantung tidak mampu mengepam darah dengan efektif. Keadaan ini seterusnya menyebabkan gangguan pernafasan dan keletihan. Kesan pembesaran jantung merupakan sebab umum kegagalan jantung. Hal ini disebabkan jantung tidak mampu menyediakan aliran darah untuk memenuhi kesemua keperluan tubuh. 2. KAKI : SAKIT TUMIT Membawa beban dua kali ganda dari jumlah normal membuat tapak kaki berasa sengal dan sakit. Menurut "The Havard Medical School", kelebihan berat badan akan menimbulkan tekanan pada struktur menyerupai ligamen yang terletak mulai dari tumit hingga ke tapak kaki bahagian depan. Radang berlaku di sekitar bahagian ini dan menyebabkan rasa sakit yang mencucuk di tumit ketika melangkah. 3. LUTUT : RADANG SENDI Obesiti dikatakan merupakan penyebab utama osteoarthritis di bahagian sendi penahan beban seperti lutut dan pergelangan kaki. Orang yang obes dikatakan berisiko 14 kali lebih besar untuk mengalami radang sendi lutut. Tekanan tambahan dari berat badan ekstra akan membuat tulang rawan menjadi haus, sehingga membuat tulang saling bergesel. Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, aktiviti seperti berlari atau melompat meningkatkan lagi tekanan terhadap bahagian sendi sehingga 10 kali ganda. 4. USUS : DEPRESI/KETIDAKSUBURAN Hasil pemerhatian tehadap wanita obesiti juga menunjukkan bahawa lemak tidak hanya menutupi tubuhnya, tetapi juga meliputi organ-organ didalam perutnya. Dari aspek lain, wanita yang lebih langsing mempunyai sedikit lemak dipermukaan tubuh seta lemak yang meliputi organ (lemak visceral). Perut merupakan tempat pengumpulan lemak yang paling teruk. Lemak ini secara tetap akan mengelurkan zat kimia dan hormon dalam jumlah yang besar (seperti leptin dan ristin). Zat kimia dan hormon ini berkaitan dengan perubahan metabolisme dan perkembangan diabetes tahap 2. Selain itu, hormon-hormon ini juga boleh mengubah keseluruhan sistem endokrin dan menimbulkan ketidakseimbangan hormon, seperti Polycystic Ovary Syndrome. Keadaan ini menyerang wanita, menjadikan pertumbuhan rambut berlebihan, penambahan berat badan dan ketidaksuburan. Sementara itu, ketika lemak mencapai sistem pencernaan, lemak tersebut akan pecah didalam hati. Seterusnya, lemak tersebut melepaskan racun-racun ke dalam aliran darah. Hal ini boleh merosakkan organ-organ, terutamanya hati.
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 07:05:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015