Jam 1.30 am. Haiyu Asyir, Cairo. Keadaan semakin tidak keruan. Di - TopicsExpress



          

Jam 1.30 am. Haiyu Asyir, Cairo. Keadaan semakin tidak keruan. Di luar penyokong Dr Muhammad Mursi mula keluar dari sarang masing-masing membentuk himpunan besar di kebanyakan negeri seperti Ismailiah, Port Said dan lain-lain. Di Kaherah sahaja dua perkumpulan besar penyokong Mursi terbentuk berhampiran University Kaherah yang dipimpin oleh Sheikh Hazim Abu Ismail daripada pergerakan Salafi dan kumpulan-kumpulan Parti Islam yang disokong sama Kristian Coptic di Dataran Masjid Rabiatul Adawiah yang sudah masuk hari keenam. Dianggarkan jutaan berhimpun di dua tempat ini sebagai respon kepada kumpulan Tamarrud anti Mursi yang berhimpun di Tahrir dan Istana Ittihadiah. Ia rentetan tindakan ganas samseng Tamarrud yang membakar pejabat Ikhwan dan menikam sehingga mati pemuda Ikhwan yang berkawal di pejabat tersebut. Pangliman Tentera Abdul Fatah As Sisi telah mengeluarkan kenyataan supaya diselesailan segera kemelut ini dalam tempoh 48 jam atau tentera akan bertindak menyelamatkan keadaan. Manakala kumpulan Tamarud juga memberi tempoh sehingga petang ini 2 Julai untuk Mursi meletakkan jawatan atau bersedia berhadapan tindakan lebih hebat daripada ini. Persoalannya apa tindakan yang akan mereka lakukan. Adakah dengan meluaskan keganasan dengan membakar Kaherah atau membunuh penyokong Mursi lebih besar ataupun bertindak ke atas batang tubuh Mursi itu sendiri. Jika itu jalannya makan zaman gelap Mesir akan bermula. Harus diingat kekerasan biasanya akan dibalas dengan kekerasan. Kumpulan Ikhwan mahupun Salafi atau pergerakan lain yang bersama Presiden Mursi ini lama bersabar walaupun ramai pengikut mereka dibunuh kerana masih mahu menggunakan jalan undang-undang untuk memperbetulkan negara. Namun jika jalan itu sudah tertutup dan Tamarrud membuka gelanggang luar batas perundangan,maka kekerasan balas akan bermula yang natijahnya perang saudara yang berpanjangan. Kerana sebahagian mereka ini juga cukup berpengalaman dengan jalan itu, bahkan ada yang sudah sedia menantinya. Apabila jalan ini dipilih, maka kemusnahan besar akan berlaku dan negara serta rakyatnya akan menjadi mangsa keperitan hidup yang panjang yang tidak diketahui bila akan berakhir. Walaupun akan tiba masa berakhirnya tetapi negara akan musnah teruk. Siapa sahaja yang menang akan mengambil masa yang panjang untuk membina kembali. Dalam tempoh yang panjang itu juga Israel dan Amerika boleh bertepuk tangan selesa tanpa halangan untuk terus menjajah Palestin. Semoga Allah melindungi Mesir, Malaysia dan dunia keseluruhannya daripada perancancangan jahat ini. via FB Nasaie Ismail
Posted on: Wed, 03 Jul 2013 18:23:47 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015