Jatuhnya Sang Algojo Filem ini menyentak kita semua. Jagal - TopicsExpress



          

Jatuhnya Sang Algojo Filem ini menyentak kita semua. Jagal juga memaksa kita untuk memahami watak seseorang dalam kehidupan yang nyata dan dipindahkan ke lakon layar, lalu dimanifestasikan kembali dalam realiti. Pengakhirannya menunjukkan tentang bagaimana seseorang melepaskan sesuatu perasaan yang ditahan untuk sekian lama. Ini dapat dilihat dalam dialog “Atas eksekusi yang saudara lakukan terhadap diri saya, dan menghantarkan saya ke dalam surga, untuk itu saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesemuanya itu.” sambil disertai dengan lagu Born Free dan latar air terjun, serta penyematan bintang kehormatan. Ironisnya, Anwar Congo masih bertanya sama ada beliau berdosa ataupun tidak. Maka dengan itu, Jagal membuktikan bahawa sang algojo bukan hanya Anwar Congo seorang. Di berbagai-bagai tempat dan masa, masih banyak “Anwar Congo” yang lain. Sesiapa sahaja boleh dijulang menjadi wira atau pengkhianat mengikut tafsiran masing-masing. Inilah masanya supaya luka-luka lama pasca peristiwa 1965 dapat disembuhkan. Namun yang pasti dan yang penting – ini bukan cerita tentang sosok Anwar Congo, bukan tentang PKI, bukan juga tentang Pemuda Pancasila dan lain-lainnya, tetapi tentang kemanusiaan dan makna-makna keinsanan. (Sharifah Nursyahidah, berasal dari Sabah, Malaysia dan sekarang menuntut pengajian dalam bidang sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia) Selengkapnya di: manifestopemudamerah.wordpress/2013/11/26/jatuhnya-sang-algojo/
Posted on: Wed, 27 Nov 2013 09:37:21 +0000

Trending Topics



">: Men Are Just Happier People I’m sure there’s some sort of
Angel Marie is right, this is just a ploy, to make Boehner look
MDC Guardian Council holds two-day meeting The MDC Guardian

Recently Viewed Topics




© 2015